Selasa, 14 Jun 2016

Abu Sayyaf Penggal Kepala Warga Kanada



ZAMBOANGA CITY: Kumpulan pengganas Abu Sayyaf membunuh salah seorang tebusannya di Sulu pada petang Isnin selepas tamat waktu akhir pukul 3 petang bagi pembayaran wang tebusan sebanyak 600 juta Peso (RM53.2 juta).

Abu Raami yang merupakan jurucakap Abu Sayyaf memberitahu The Philippine Inquirer menerusi panggilan telefon bahawa mereka telah membunuh seorang warga Kanada, Robert Hall.

Menurut Raami, mayat Hall akan ditemui di satu tempat di bandar Jolo pada Isnin.

Abu Sayyaf membuat tuntuan bagi pembebasan Hall; warga Norway, Kjartan Sekkingstad dan warga Filipina, Marites Flor.

Sementara itu, Angkatan Bersenjata Filipina sedang mengesahkan laporan mengenai Hall dipenggal kepala.

"Saya tidak dapat mengesahkan atau menafikannya. Kita masih tidak mendapat laporan mengenainya daripada pihak kami. Kita akan memaklumkan kepada anda sejurus kita mendapat maklumat atau laporan daripada pihak kami," kata jurucakap Perintah Tentera Mindanao Barat, Mejar Filemon. – The Philippine Inquirer/Asia News Network

Satu kepala ditemui di Jolo, Sulu pada Isnin malam, lebih lima jam selepas kumpulan Abu Sayyaf mendakwa ia telah memenggal kepala salah seorang tebusannya, warga kanada, Robert Hall.

Ketua Polis Jolo, Superintenden Junpikar Sittin berkata, kepala itu diletakkan di dalam sebuah beg plastik yang ditemui pada kira-kira pukul 9 malam di Jalan Sanchez dekat Katedral Carmelite di Jolo.

"Pada awalnya, anggota kami fikir ia merupakan bahan letupan, tetapi apabila Soco (Pasukan Operasi Lokasi Jenayah) memeriksa beg plastik tersebut, terdapat kepala seorang lelaki kulit putih," kata Sittin kepada Philippine Daily Inquirer menerusi panggilan telefon.

"Saya tidak boleh terus menyatakan ia (kepala) adalah milik Hall, tetapi berdasarkan gambaran, ia seperti yang digambarkan," katanya. – The Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Tiada ulasan:
Write ulasan