Rabu, 29 Jun 2016

32 Maut Dalam Serangan Bom Berani Mati Di Lapangan Terbang Istanbul

ISTANBUL: Serangan bersenjata dan tiga pengeboman berani mati di lapangan terbang Ataturk, Istanbul mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang dan menyebabkan puluhan yang lain cedera cedera, dalam serangan terkini yang menggegarkan bandar terbesar di Turki.


Penyerang mula melakukan serangan berpeluru terhadap pengawal lapangan terbang di pintu masuk terminal sebelum meletupkan diri mereka seorang demi seorang kata pihak berkuasa Turki.

Agensi berita swasta, Dogan berkata, penyerang telah membunuh sekurang-kurangnya 32 orang, termasuk dua pegawai polis dan mencederakan 88 yang lain.

Baca Lagi (Terkini) Video : Letupan Gegar Lapangan Terbang di Istanbul

Tiada ulasan:
Write ulasan