Isnin, 2 Mei 2016

Wang RM2,000 lesap dicuri cucu sendiri

  Berita Premium       Isnin, 2 Mei 2016
LABIS – Hasrat seorang warga emas di Felda Tenang dekat sini untuk mengupah pekerja membuat lantai simen di halaman rumahnya tidak kesampaian apabila wang upah sebanyak RM2,000 yang dikeluarkan dari bank lesap dipercayai dilarikan sorang remaja lelaki yang juga cucunya.

Sapura Ayub, 72, berkata, dia yang tinggal bersama anaknya yang merupakan ibu kepada remaja lelaki tersebut telah mengeluarkan wang simpanannya di bank pada Selasa lalu.

“Cucu saya tidak tinggal bersama kami selepas ibu bapanya ber­pisah, namun dia sering berkunjung ke kediaman kami untuk melawat ibunya.

“Sehari sebelum menyedari duit saya hilang, dia ada berkunjung ke rumah dan segera pulang apabila lewat tengah malam," katanya ketika ditemui di sini semalam.


logoblog

Thanks for reading Wang RM2,000 lesap dicuri cucu sendiri

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan