Video: Warden Asrama Berkopiah Pijak Pelajar

RAKAMAN video yang memaparkan seorang lelaki berkopiah memijak seorang remaja kini tersebar di laman sosial.

Video yang dimuat naik di page Malaysian Crime Watch atau MyWatch itu, sekaligus mengejutkan netizen.

Menerusi visual, pelaku yang merupakan guru warden di sebuah sekolah asrama vokasional di Selangor dilihat memijak seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar tingkatan empat kerana ditangkap hendak menghisap rokok di tangga.Menerusi visual, pelaku yang merupakan guru warden di sebuah sekolah asrama vokasional di Selangor dilihat memijak seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar tingkatan empat kerana ditangkap hendak menghisap rokok di tangga.

Tidak tahan dengan aksi melampau warden terbabit, beberapa pelajar yang menyaksikan kejadian terus meluru dan cuba menenangkan lelaki berkenaan sehingga meminda dia mengucap dan beristighfar.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa belum sempat menyalakan rokoknya.
MyWatch menyokong tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar terbabit atas kesalahannya tetapi apa perlunya warden tersebut mengambil tindakan keterlaluan begini,” tulis pemuat naik.
Rata-rata netizen berang dan mencemuh sikap lelaki terbabit yang hanya luaran saja tampak ‘alim’ namun tidak mencerminkan keperibadian sebenar seorang Islam.
Sementara itu, dalam laporan portal berita FMT, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus telah mengesahkan kejadian dan kes dilaporkan sedang disiasat.

0 comment... add one now