Isnin, 9 Mei 2016

(Video & Gambar) Pertandingan Lumba Berakhir Tragedi, Pemandu Maut Tercampak Keluar

MIRI: Sebuah pertandingan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang peserta maut selepas kereta yang dipandunya untuk kategori "Drag Race" hilang kawalan, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, mangsa Wong Teck King, 37, yang memandu kereta berkenaan maut selepas tercampak keluar dari keretanya itu ketika perlumbaan sedang berlangsung pada jam 1.40 tengah hari itu.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.




Tiada ulasan:
Write ulasan