Uqasha ketepi kontroversi bersama Hafidz Roshdi (VIDEO)

PELAKON cantik, Uqasha Senrose enggan lagi mengenang kontroversi yang pernah melandanya melibatkan pelakon baharu, Hafidz Roshdi dan sedia kembali bekerjasama andai digandingkan.

Menurut Uqasha, dia secara jujurnya merasakan tidak ada apa-apa isu yang perlu diperbesarkan dan mengutamakan profesionalisme dalam bekerja.

“Bagi saya tidak perlu untuk bermasam muka dan tidak ada isu lagi yang perlu diperbesarkan.

“Malah andai kami kembali digandigkan bersama saya tidak kisah kerana saya lebih mengutamakan kerja dan saya sangat profesional dengan kerja saya,” katanya yang dilantik menjadi Duta Syukur Selalu TV3, TV9 dan Tonton bersama Hafidz yang juga merupakan gandingannya dalam drama bersiri Tundukkan Playboy Itu.

Dalam pada itu, di tanya mengenai berat badannya yang nampak susut, Uqasha menegaskan ia bukan disebabkan pengambilan bahan terlarang, sebaliknya kerana faktor kurang rehat dan tekanan akibat kontroversi yang melanda.

"Tidak dinafikan berat saya susut sehingga 44kg. Mungkin kerana faktor kerja yang padat dan ditambah komitmen di dalam teater Ombak Rindu.

"Selain itu, sebagai manusia biasa, saya juga merasa tempias kontroversi yang berlaku. Bagaimanapun saya akan cuba menambah kembali berat saya kepada berat ideal iaitu 50kg," katanya.



0 comment... add one now