Ahad, 15 Mei 2016

Tepung Gandum Jenama Popular Mengandungi Ulat?



KUALA LUMPUR - Video seorang pengguna mendakwa, tepung gandum jenama popular yang dibelinya baru-baru ini, mengandungi puluhan ekor ulat, mula viral di media sosial. 

Video berdurasi 35 saat yang dimuat naik oleh 'Wartawan Jalanan' itu menunjukkan, suri rumah berkenaan menapis tepung gandum tersebut sehingga menampakkan puluhan ekor ulat. 

"Dalam tepung gandum ada ulat. Harap selepas ini, tapis dulu tepung sebelum guna," kata kapsyen laman tersebut. 

Bagaimanapun, netizen khususnya golongan wanita tidak menolak kemungkinan tepung itu telah lama disimpan atau tercemar. ataupun telah tamat tempoh.

"Baru masuk dapur ke individu yang rakam video ini atau baru kenal tepung?" - Neizal Crome. 

"Dari umur 14 tahun mak dah ajar tapis tepung. Apa motif sebenar video ini? Nak menjatuhkan jenama itu atau kedai yang jual tepung itu? Tepung ke, beras ke, kalau dah lama memang ada ulat atau kutu masuk. Itu pun nak viral?" - Afifah Khairuddinn. 

"Ulat sebesar dan sebanyak itu takkanlah tak perasan bila buka plastik bungkusan tepung itu? Lagipun video tak tunjuk dari awal semasa buka plastik bungkusan tepung itu. Tak yakin dengan video ini," - Muhibbul Habib.

Tiada ulasan:
Write ulasan