Tanya Soal Bayaran, Yazit Dakwa Ditengking Isteri Amy Search

Gara-gara bertanyakan tentang bayaran duit Konsert 35 Tahun Search, Anggota kumpulan Search, Yazit Ahmad mendakwa telah ditengking oleh isteri kepada Amy Search, Norhasniza Hassan. Dakwaan terbabit turut dikemukakan menerusi satu laporan polis yang dibuat Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada petang Rabu.



“Saya juga telah menerima panggilan telefon daripada Norhasniza yang memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan mengenai bayaran duit yang sepatutnya saya dapat. Dan antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – kau tu dah tua, sakit nak mampus,” katanya kepada Astro Gempak.

Pada masa yang sama Yazit juga turut membuat laporan mengenai pecah amanah yang berlaku sepertimana beliau tidak menerima sebarang pembayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini. Malah untuk beberapa persembahan sebelum ini juga.

Terdahulu Yazit dimaklumkan bahawa sejumlah RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, namun beliau sendiri tidak pernah menerima sebarang bayaran bermula tarikh tersebut sehingga ke hari ini. Terkejut dengan perkara itu, Yazit telah membuat laporan polis.

Manakala memetik laporan Malaysian Digest, lagenda rock, Amy Search bakal mengadakan sidang media berhubung dakwaan salah seorang anggota kumpulan itu ditengking oleh ister

0 comment... add one now