Ahad, 8 Mei 2016

Tak Takut Kena Bentan? – Wanita Ini Geram Dengan Sikap Ibu Yang Keluar Rumah Dalam Pantang

Wanita pada zaman moden sekarang ini terutama mereka yang bekerjaya mungkin menganggap proses berpantang selepas kehamilan cara tradisional adalah sangat leceh dan perlukan ketelitian dalam segala aspek.
Oleh itu, semakin ramai yang memandang remah perkara ini sehingga ada yang keluar berjalan-jalan semasa dalam tempoh 40 hari berpantang!
Di facebook, wanita ini luah rasa kesal ibu-ibu yang keluar ke spanya dengan alasan bosan di rumah. Ada yang anak baru usia mingguan sudah diusung kesana kemari. Fuhh ngilu pulak kami dengar.

Jalan-jalan masa pantang ke spa dengan alasan boring mengurut di rumah

Lagi sekali sy dikejutkan kedatangan ibu dalam hari ke spa sy.
Minggu ni dh ada 2 kes.
Alasan?
Dah alang2 keluar ke klinik baik ke spa.
Nak mengurut dengan saya sebab tak percaya pekerja saya.
Boring mengurut di rumah.
Seram. Tgk ramai juga yg hadir ke kelas parenting/breastfeeding/babywearing/baby language dalam keadaan berstokin dan anak semerah anak tikus baru lahir.

Jika terkena hujan atau sejuk air cond tak takutkah terkena bentan?

Apakah alasan yg munasabah sebenarnya yg menghalalkan perbuatan jalan2 ketika dalam pantang?
Rasa nak cubit mereka2 yg tersengih2 menjaja diri bermake up di balik wajah yg pucat lesi sambil mengangkat car seat (part ni sy rasa nak pitam) di dalamnya ada si kecil yg br usia mingguan.
Jika terkena hujan atau bersejuk air cond tak takutkah terkena bentan? atau tersandung ibu jari kaki tak takutkah tumpah darah? Jika terbalik lewat senja tak takutkah terkenan jin? Jika kamu tak cukup tidur malam2 and siang sibuk pula nak berjalan2 tak takutkah tiba2 pitam sebab tekanan darah tinggi/rendah? (Sy dh jumpa 2 kes sebegini).

Mereka yang keluar bawak bayi dalam pantang adalah selfish parents!

Kalau tak sayang badan sekalipun…tu….si kecik yg kamu kandung 10 bulan 9 hari tu. Didedahkan kepada org awam yg bukan semuanya sihat walafiat. Tak takutkah kamu dengan paru2 nya yg masih tidak kuat? Sy blh anggap mereka yg keluar suka2 bawa bayi dalam pantang sebagai SELFISH PARENTS!
Yg pergi klinik check kuning anak tu, dah habis check balik je lah rumah. Anak dah kuning lagi nk diarak kehulu hilir. Kalau boleh kat klinik tu jgn banyak berdiri macam tak sedo diri tu tak sihat habis. Kalau ke hospital, demand naik wheelchair. Tak pun suruh je suami uruskan semua hal anak. Kamu duduk senyap2.
Yg tak percaya pekerja sy tu, sy ada 2 cadanagn. Lain kali nk pilih CL (Confinemrnt Lady) try la urut masa hamil dulu. Dh ngam br la book. Kalau tak ngam cari la company pantang yg lain. Kan ramai lagi tukang urut kat Malaysia ni. Sy ni kekangan ada ank kecik mmg dh xjaga org pantang. Sbb tu sy adakan CL2 bawah naungan BBC dimana mereka semua student sy. Nak lepaskan diorg mengurut pun kena urut saya atau ibu sy smpai kami puas hati. Takde nya sy nk bg org bawak nama BBC tanpa pantauan. Penat2 sy bangunkan BBC, mestilah sy nak jaga kualitinya sampai bila2. Sy bukan jenis cedok pekerja suka2 tak tentu hala.

Nanti kalau dah bentan, best ke duduk hospital terus warded sampai berbulan?

Boring mengurut kat rumah? Nanti kalau dah bentan….takyah duduk kat rumah. Boleh duduk kat spital terus. Saya ada 3 customer bentan smpai jd thrombosis kena warded smpai sebulan. Best kot duduk hospital lama2. Anak baru lahir, kena tinggalkan kat rumah la kan. Mana blh masuk wad org dewasa. Best x? Best x?
Nak pergi kelas menggali ilmu bukan masa awak dalam pantang. Itu dah istilah nak berak baru gali lubang. Ilmu parenting/breastfeeding/babywearing/baby language ni perlu dipelajari SEBELUM bersalin! Kalau dah tak sempat nak belajar pun…ramai consultant dalam bidang2 ni buat servis home visit. Saje je kome gatal nk mengulo sebenornye.

Tak perlu nak make up tebal-tebal mengaburi muka pucat kalau dengan suami pucat lesi badan sejuk kejung

Tak yh la nak pakai make up tebal2 utk mengaburi muka pucat korang tu. Nak cantik utk org luar takde maknanya kalau dengan suami nnti pucat lesi badan sejuk kejung.
Dah penat nak menegur. Lepas ni jgn ada yg berani2 nk dtg spa sy masih dalam tempoh 44 hari berpantang. Sy tak kenan. Nak ngurut pun rasa sebu je hati. SEDIH!. SEBAB NASIHAT SAYA KAMU TAK NAK DENGAR!
*masa sy pantang sendiri masa lahirkan arwah aritu pun…even takde anak….even bumbung rumah mak sy blh nmpak dr pintu belakang rumah saya…..mmg sy xpernah hinggap ke sana sepanjang tempoh 44 hari berpantang. Boring kot berpantang takde anak. Tapi abaikan. Sbb nak cepat2 sihat punya pasal.*
sumber: Siti Aishah

Tiada ulasan:
Write ulasan