Jumaat, 6 Mei 2016

“Setakat Ini Belum Ada Rezeki Dapat Cahaya Mata”

Melalui beberapa gambar seakan-akan hamil yang dimuatnaik di Instagram milik isteri Izzue Islam iaitu Awin, ada pengikut dan juga peminat tertanya tanya perkara berkenaan di samping ada juga yang turut gembira dengan perkara tersebut.

“Tidaklah, setakat ini belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan cahaya mata. Mereka saja usik-usik dan saya tidak terasa hati pun. Memang ramai yang bertanya mungkin kerana baju saya besar waktu itu, saya anggap ia seperti satu doa buat kami, mana tahu satu hari nanti Allah akan makbulkan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Awin, dia menyerahkan soal cahaya mata terhadap ketentuan Tuhan selain mengakui setakat ini dia belum pernah mencuba sebarang rawatan termasuk In Vitro Fertilisation (IVF).

“Saya menyerahkan perkara itu kepada takdir dan rezeki sahaja, setakat ini belum ada lagi berusaha untuk menjalani rawatan-rawatan untuk hamil termasuk IVF. Insya-Allah kalau ada rezeki anak nanti saya akan beritahu kepada semua, apa yang penting terus doakan kami supaya diberi rezeki,” jelasnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan