Selasa, 10 Mei 2016

“Seronok Solat Jemaah Bersama Isteri”

  Berita Premium       Selasa, 10 Mei 2016
Selain menyatakan permohonan maaf kepada media di atas sikapnya sebelum ini melalui BH Plus, pelakon baru Hafidz Roshdi dalam masa yang sama turut menyatakan kehidupan berumah tangga adalah sesuatu yang sangat indah lebih-lebih lagi apabila setiap perkara dilakukan bersama isteri.


“Seronok kehidupan berumah tangga ini. Seronok ada orang teman dan kejutkan kita bangun tidur. Ada orang ingatkan masa makan, solat dan pastinya saya dapat solat berjemaah sama. Insya-Allah kami akan berbulan madu tahun ini dalam negara saja,” katanya.

Sementara itu, Hafidz juga sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata awal dalam perkahwinan mereka. Mengenali isterinya, Nurul Shuhada yang merupakan rakan sekuliah ketika belajar dahulu, ternyata perkahwinan yang baru dibinanya itu cukup indah.

Tambahnya, dua juga tidak mahu terus kekal dengan sikap lamanya hingga menjadi kritikan di dalam industri seni tanah air. Mengakui dia mahu berubah, Hafidz turut menyatakan kesediannya untuk memperbaiki kelemahan tersebut dan menjadi insan yang lebih baik.
logoblog

Thanks for reading “Seronok Solat Jemaah Bersama Isteri”

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan