Rabu, 11 Mei 2016

Seronok Angkat Sampah Di Jepun, Rasa Macam Hero Sampah

Terjumpa gambar lama sewaktu berada di negara Jepun dulu. Kalau ada masa lapang, kami buat kerja angkat sampah. 

Gaji sehari, 10,000 yen bersamaan dengan RM400 mengikut nilai mata wang pada waktu itu. 

Seronok buat kerja ini. Lebih-lebih lagi bila lalu depan tadika, cikgu akan panggil semua anak muridnya keluar, suruh tepuk tangan dan bersorak memberikan sokongan kepada kami. 

Bayangkanlah, budak-budak kecil yang comel terjerit-jerit,

"GAMBATTE KUDASAAAIII!!" 

Rasa macam hero. Hero Sampah sajalah. Hehehe! 

Sampai sekarang, bila nampak orang kita buang sampah/puntung rokok merata-rata, rasa macam panas hati. Kalau rasa tak mampu menyumbang pada agama, jangan jadi penganut yang mencalit kekotoran. - Sampah Man |

Tiada ulasan:
Write ulasan