Khamis, 12 Mei 2016

'Selepas Berurut Dengan Individu Ini, Alhamdulillah, Doktor Sahkan Saya Mengandung'

Saya dah dua tahun berkahwin, tetapi rezeki anak tak ada lagi. Sampai satu tahap, saya menjadi bosan dengan soalan-soalan dari orang sekeliling yang bertanya kenapa tak lekat lagi, lambat sangat dan macam-macma. 

Satu hari, ada seorang abang ini berkongsi. 

"Kau cuba satu tempat ini, tempat berurut. Ramai yang dah berjaya dik," katanya.

Maka pergilah saya ke tempat itu. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati betapa ramainya orang yang ingin mendapatkan rawatan dari pakcik yang bergelar ustaz ini! Siap ambil nombor lagi. Bukan hanya orang Melayu sahaja yang ingin mendapatkan rawatan pakcik bergelar ustaz ini, malah orang India dan Cina pun ada. 

Sampai teruja kami mendengar cerita dari seorang makcik jururawat yang sudah berkahwin 25 tahun, tetapi belum ada anak lagi.

"Makcik dah 25 tahun berkahwin tetapi belum ada anak lagi. Bila berubat dengan ustaz ini, alhamdulillah dapat anak seorang," katanya. 

"Akak pula dah 12 tahun menunggu. Alhamdulillah dapat juga selepas berurut," kata seorang kakak yang sudah mengandung 8 bulan, datang untuk membetulkan anak yang uri di bawah. 

"Rezeki Allah bagi kak, kita ikhtiar saja," balas saya. 

Saya sendiri sangat teruja. Bila tiba giliran saya, saya pun berurut. Kemudian pakcik itu baca ayat al-quran dan pesan pada kami.

"Nak, saya ini hanya perantara sahaja. Semuanya Dia (Allah) yang tentukan," katanya. 

Selepas itu dia memaklumkan bahawa rahim saya terbalik sebab dulu selalu sangat pergi berurut di tempat yang tidak pasti kepakarannya. 

Selepas dia membetulkan rahim saya, badan terus rasa ringan sangat. Kemudian, dia betulkan penyumbatan salur darah period saya. Alhamdulillah, period saya seperti biasa. Tetapi kali ini banyak dari biasa, keluar semut ketul-ketul dan sengugut pun tiada.

Sebulan selepas itu, saya tak period dan rasa tak sihat serta sakit-sakit badan. Jadi, saya dengan suami pun pergilah bertemu dengan pakcik itu lagi. 

Dia baca-baca tanpa memegang perut saya dan berkata, "InshaAllah isteri awak dah ada ni," sambil menyuruh saya baring. 

Kemudian dia melihat perut saya dan tersenyum. 

"Balik rumah nanti cuba buat ujian air kencing," katanya.

Balik ke rumah, kami periksa, dan alhamdulillah ada dua line. Saya jumpa doktor dan doktor juga mengesahkan bahawa saya mengandung. Gembira tak terkata. 

Pakcik itu, kalau nak urut perempuan dia akan memastikan suami atau ibu kita ada bersama, barulah dia akan memegang kita. Tambahan pula, semasa dia mengurut, dia akan memakai sarung tangan. Tidak hairanlah ramai yang datang mahukan perkhidmatannya. Siap India dan Cina pun nak servis dari dia. Bayaran pula seikhlas hati. 

Selepas saya 'lekat', saya bawa tiga kawan saya yang masih berikhtiar mahu hamil. Alhamdulillah, ketiga-tiganya melekat. Tetapi kita usaha, semuanya Allah yang tentukan. Mungkin rezeki kami.

Encik Salleh +60 19‑3395739
Rumah Pangsa Taman Samurai
Blok A03-3-15 Jalan Samudera Timur 7 Batu Caves
68100 Selangor

Operasi: Isnin - Jumaat sahaja
Waktu: 8:00 malam (ambil nombor waktu siang)

Kalau nak, datanglah awal dan ambil nombor awal-awal. Sebab kadang-kadang jam 2 pagi pun masih tak sampai lagi giliran. - KRT

Tiada ulasan:
Write ulasan