Saya Terasa Hati Komen Kak Ogy Buat Saya Nampak Macam Tidak Berdisiplin – Siti Elizad

Semua orang tahu bahawa Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih mesra disapa sebagai Kak Ogy cukup jujur dalam memberi kritikan meskipun ia agak pedas dan makan dalam bunyinya. Menjadi salah seorang juri dalam Gempak Superstar, nyata ia menimbul rasa tidak puas hati dikalangan peminat Siti Elizad dan ada antara mereka mengecam Kak Ogy dengan agak teruk di media sosial.
Timbul pula dakwaan bahawa sebenarnya Siti Elizad telah menghasut peminat untuk mengkritik dan mengecam Kak Ogy.  Walaubagaimanapun, menerusi portal mStar Online, Siti Elizad sekerasnya menafikan dakwaan tidak berasas itu.

Saya tiada kaitan dengan pengikut laman sosial yang kecam Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) itu, ada pula pihak yang tuduh saya yang menghasut peminat supaya hentam Kak Ogy di Instagram. Saya tidak ada masa pun untuk buat perkara itu dan tengoklah Instagram satu persatu.
Namun, Siti Elizad mengakui sedikit tersinggung dengan komen Kak Ogy yang mengatakan prestasi beliau merosot kerana tidak datang ke kelas bagi menjalani latihan untuk menyanyi dan melakukan persembahan. Meskipun mengakui beliau pernah tidak hadir sekali kerana komitmen kerja, komen Ogy tetap tidak sesuai kerana menggambarkan beliau seakan tidak berdisiplin pula.

Kak Ogy komen saya tidak datang kelas punca prestasi saya merosot, saya akui tidak datang kelas sekali sahaja, tapi itu bukan kerana saya suka-suka dan tidak berdisiplin.
Saya terkilan kerana saya seorang yang sangat mementingkan disiplin dan tidak suka menyusahkan orang, cuma waktu itu kerana ada penggambaran iklan. Saya sudah maklumkan awal-awal kepada Astro sebelum saya setuju untuk terlibat dalam program ini.
Bila dia cakap kepada umum seolah-olah memberi gambaran saya seorang yang bermasalah dan tidak beri komitmen, saya terasa hati.


0 comment... add one now