Isnin, 16 Mei 2016

Saya Pantang Orang Cakap Pelanggan Saya Bodoh – Fizo Omar

Sejak kebelakangan ini, nama Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim tidak henti dihimpit dengan kontroversi gara-gara cara mereka berdua mempromosikan perniagaan.

Fizo dan Mawar pada awalnya dikecam kerana memuat naik video pelanggan berasak sehingga bersentuhan lelaki perempuan kerana hendak mendapatkan tudung baharu Fareeda. Tidak lama selepas itu,  mereka sekali lagi dikritik apabila Fizo pula memberikan kopi percuma sehingga ada pelanggan yang lari serta anggup untuk merempuh pasukan RELA demi sebungkus kopi.

Disebabkan perkara itu, ada juga yang berpendapat mereka berdua menampakkan pelanggan seperti orang bodoh dan disamakan dengan lembu.

Jelas Fizo, tujuan utama beliau untuk memuat naik video di laman sosial semata-mata kerana ingin berkongsi kegembiraannya dengan sambutan hangat yang diterima terhadap produk beliau dan isteri.
Video itu dikongsi semata-mata saya seronok dengan sambutan yang kami terima, tiada niat lain. Saya sebagai selebriti berkongsi setiap aktiviti. Saya dapat banyak reaksi positif terutama komuniti terbabit dalam perniagaan. Malangnya, pihak tertentu hanya nampak yang negatif.
Lihatlah daripada sudut positif, kejayaan perniagaan orang Melayu boleh sampai ke peringkat itu, kalau ramai bersyukur rezeki kita akan bertambah. Kenapa isu telefon pintar, orang beratur malam-malam, tiada pihak kutuk.


Niat saya hanya hendak tunjuk kemeriahan di butik Fareeda, apabila kita keluarkan tudung koleksi terbaru tetapi sekiranya ia disalah erti, saya mohon maaf, mungkin khilaf saya.Ramai yang mengatakan mereka berebut semata-mata untuk beli tudung dan dikatakan bodoh. Saya pantang bila orang cakap pelanggan saya bodoh, mereka berebut bukan hendak beli tudung, tetapi rezeki mereka.


Pada masa yang sama, Fizo memberitahu beliau kurang senang dengan sesetengah pihak yang menggelarkan pelanggan beliau bodoh dan sebagainya, ini kerana mereka bukan berebut untuk membeli tudung sahaja tetapi ingin berniaga.
Setiap tudung Fareeda mungkin harganya lebih daripada RM100 tetapi boleh dijual diluar sehingga harga RM400.


Tiada ulasan:
Write ulasan