“Saya Akan Berjuang Habis Habisan Untuk Hak Jaga Anak”

Mengakui merasa sunyi tanpa kehadiran cahaya mata di sisinya, Awie menjelaskan bahawa dia akan berusaha dan berjuang habis-habisan bagi mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anaknya yang tersayang.



“Sebagai bapa yang membesarkan anak-anak sejak dilahirkan, sudah tentu saya sedih apabila mereka tiada di sisi, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri. Saya hanya berhubung dengan mereka melalui telefon. Apabila saya mendengar suara Qasseh yang bercakap dengan saya sambil menangis, saya bagai dapat rasakan sesuatu yang dilalui mereka”

“Sudah tentu saya amat sedih dan merindui mereka sepenuh hati. Sejak kami tidak lagi bertemu, saya bagaikan budak kecil apabila kerap menangis teringatkan mereka,” katanya sambil menahan air mata, lapor BH Online.

Baru-baru ini mahkamah Awei membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas dakwaan mencederakan bekas isterinya dengan sengaja, dua tahun lalu, Awie berkata ia bukanlah kes berat.

“Untuk apa saya hendak melawan, sedangkan buktinya ada dalam rakaman CCTV? Apa pun saya lega apabila kes ini sudah selesai dan fokus saya sekarang adalah untuk berjuang habis-habisan mendapatkan hak penjagaan anak saya,” tegasnya lagi.

Awie dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha. Ketika ini, Rezzki dan Qasseh berada di bawah Rozana manakala Merrah pula dijaga Awie.

Menurut BH Online, selain tiga anak bersama Rozana, Awie juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas isteri yang juga penyanyi, Arni Nazira Anuar yang kini dijaga Awie.

0 comment... add one now