Jumaat, 6 Mei 2016

Saharul Ridzwan Bakal Kahwin 16 September Ini?

Walaupun pernah digosipkan bersama pelakon cantik, Mia Ahmad sebelum ini, Saharul Ridzwan dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada awal September ini. Malah dikatakan, pasangan hati beliau juga bukan dari kalangan selebriti tempatan.



Memetik portal Astro Gempak, Saharul dikatakan bakal mendirikan rumah tangga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, tarikh keramat bagi pasangan ini pula adalah 16 September 2016. Menurut sumber, gadis terbabit telah lama mengenali Saharul sebelum beliau menjadi selebriti lagi.

Bukan itu sahaja, dengarnya hari bahagia mereka pula akan diadakan di Putrajaya. Sementara itu, warna royal blue pula menjadi warna pilihan untuk tema perkahwinan mereka nanti. Namun setakat ini Saharul masih belum memberi sebarang kenyataan komen mengenainya.

Namun jika betul khabar angin ini, pasti Saharul Ridzwan tidak sabar untuk berkongsi dengan para peminatnya. Dan semoga segala perancangan yang dijalankan oleh Saharul dan pasangan akan berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Tiada ulasan:
Write ulasan