Rabu, 11 Mei 2016

RM13,250, Inilah Harga Sewa Tapak Niaga Untuk Ramadhan 2016

Ini sewa tapak untuk ramadhan tahun ini. Sistem tender terbuka, kata mereka. Dianjurkan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.

Kenapa mereka buat tender terbuka? Tentu jawapan mereka, 

"Supaya lebih adil, beri peluang kepada semua.".

Sebenarnya, mereka nak paw duit dari peniaga kecil. Siapa yang modal 'ciput', engkau boleh pergi mampus. Biar orang yang beringgit sahaja yang berniaga.

Bila kita buat aduan, mereka akan jawab,

"Kita harus telus dan memberi peluang sama banyak. Yakni siapa yang betul-betul nak berniaga akan berani lawan harga,"

Walhal sebenarnya mereka menutup peluang peniaga kecil. Sebaliknya hanya peniaga-peniaga yang bergelar jutawan senyap sahaja yang boleh dan berani lawan harga sebegitu tinggi.

Jika ada peniaga kecil yang kekurangan moda cuba untuk berlawan harga dengan harga yang ditetapkan, akhirnya akan melingkup.

Kebiasaannya jika harga yang sebegitu tinggi hanya taiko-taiko besar yang bertaraf pengimport dan pemborong sahaja yang berani dan mampu masuk.

Peniaga kecil yang pada bulan-bulan biasa akan melingkup pada bulan ramadhan dan berputih mata melihat taiko-taiko sahaja berniaga. Pasti mereka akan kata, kalau nak berjaya, kena berani.

"Berani kepala bapak hangpa! Hangpa tu berani ka?"

Kebanyakan orang politik terlibat kontrak terutamanya **** yang hanya bergantung kepada taraf bumiputera dan ada pula aturan. Yang besar tak boleh masuk kontrak yang kecil demi menjaga kontraktor-kontraktor kecil bumiputera.

Bila mai tang peniaga kecil, haram satu taraf pun mereka tak beri. Melainkan kena sewa dengan harga yang tinggi atau dihalau. Kerajaan memang berkelakuan tidak adil kepada peniaga kecil. - Nasoruddin Shah Mat |

Tiada ulasan:
Write ulasan