Ahad, 15 Mei 2016

Resipi Sushi !

Ma asyik cakap dia teringin sushi je,tapi kena pantang makan sebab kencing manis dah naik sampai16 ke berapa entah haritu. So macam nak makan pun jaga-jaga...sushi kan nasi , nasi kan ada kanji.Takut melambung naik lagi kencing manis kalau take carbs banyak sangat. So macam kesian lah.kihkih. Kelako la mama, tu la dulu minum manis dasyat sangat. kihkih. Saya pun plan lah nak buat sushi untuk dia tapi guna beras yang takde kanji dari Basmathi ni ! wee weee

Ok ni nak share dengan korang lah ni resepi sushi nya...hihi.Nak buat senang je. Pastu dapat banyak pulak tu. Budget bpe hinggit je.. T_T .weeee. Bahan-bahan dia sikit je..

1) Beras sushi / beras kanji biasa ( I terpaksa guna beras basmathi sebab my mum kencing manis weyhh cannot eat beras )
2) 1/2 cawan Cuka / Cuka Jepun
3) Kepingan seaweed (nori
4) 3 sudu besar gula
5) 1 sudu kecil garam
6) 2 biji telur
7) Timun Jepun
8) 6 batang crab 
9) Tuna
10) Kicap Cair / Kicap Jepun

Kalau nak senang , ikut je step ni ok. Pastu baca satu satu. hihi

1st step
Masak nasi macam biasa lah. Kalau guna beras kanji biasa kat rumah korang makan nasi tu, masak kasi lebih air sikit. bagi melekit. 


 Pastu kalau taknak banyak buat sushi nya, masak satu cawan nasi dah lah. Macam saya guna beras Jasmine Pusagold ,Basmathi Ekstra panjang sebab taknak guna beras yang berkanji. Boleh je. Tapi selalunya sushi kat kedai tu guna beras Jepun atau beras biasa yang berkanji. Untuk mak saya special case sebab dia kencing manis. hihi. Tapi menjadi je guna beras apa pun. Kalau guna beras yang biasa, masak tu kasi lembik sikit lah. Lebihkan air sikit. 

Jasmine PusaGold , beras basmathi . 

2nd step
Sediakan campuran cuka. 

3 sudu gula besar, 1 sudu kecil garam, dan 1/2 cawan cuka tu campurkan dan kacau dengan sudu sampai sebati.

3rd step

Sediakan inti dia siap2. 

a) Tuna 
Tuna tu beli yang tuna original. Takde yang campuran mayonis atau cili ke apa. tuna tu nanti gaulkan dengan mayonis sikit je. Jangan banyak sgt sebab nanti meleleh pulak. 

b) Timun Jepun
-potong panjang2 timun tu. Ikut suka lah nak potong halus ke tebal tebal.

c) Crab Filamen
-crab filamen ni potong setengah je tiap batang tu. potong memanjang.

d) Telur dadar
-2 biji telur tadi tu, goreng buat telur dadar macam biasa. pastu potong panjang2 jugak.


4th step
Then bila nasi dah masak, gaulkan air campuran sebati cuka+gula+garam tadi tu kat nasi tu. Campur kan sikit2 lah, yang part ni kena agak2 lah . Jangan letak air campuran cuka tadi tu semua sekaligus.....Letak sikit2 sudu demi sudu, rasa sampai nasi tu ada rasa cuka macam sushi tu then ok dah. Perfect. Campuran air cuka tu tak semestinya guna semua. 

5th step
Nasi yang dah gaul dengan air campuran cuka+gula+garam tadi tu....tempekkan atas nori tadi tu. Tepek dan padatkan....macam dalam gambar kat atas ni. wee wee.Paling hujung biar ada space sikit sebab time nak gulung nnti senang. Permuakaan nori bertemu permukaan nori, dia akan senang lekat.

6th step
Letak inti


Dah tepek2 nasi tu, dah puas hati...terus boleh letak inti nya. Inti tu ada empat...
a) Tuna+mayonis 
b) Ketam
c) Timun jepun
d)Telur dadar

Pandai2 lah susun, hehe. tapi letak secara rapat2 lah. Kalau yang macam namee buat, namee letak je 4 inti tu sekali . Terpulang ikut kreativiti korang lah, nak letak ketam saja single ke, nak letak tuna  tu single ke.. Depends. wokehh :)

7th step
Dah susun semua, boleh terus gulung je. Masa gulung tu hati2 tau. Sebab takut kertas nori tu terkoyak. 

8th step
Pastu ? Pastu apa? Dah siap lah. hehe. Kalau nak potong, potong dengan pisau yang sangat tajam . Baru senang nak potong and texture nasi tu pun terpotong cantik je. Guna pisau tajam ok.!

Saya tak sempat nak potong semua, diorang ni dah bantai makan kasi habis, Hehe. Sedap sebab inti dia tu ada tuna mayo tu campur plak dengan 3 inti berbeza. Boleh lah cuba okay. Puas lah makan .Tercapai hajat mama si kincing manis makan puas2. hehe. 

Pastu cicah kicap tu and boleh beli wasabi. Semua bahan boleh beli kat Tesco atau Jusco je

Tiada ulasan:
Write ulasan