Rakyat Sarawak Perlu Balas Budi BN Di PRN Sarawak

MUKAH - 22 April yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mahu rakyat Sarawak mengamalkan sikap mengenang budi dengan membalas semua sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan melalui sokongan undi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak. 

Lapor Utusan Malaysia, sebagai rakyat Sarawak dan orang timur, sudah menjadi amalan masyarakat di negara ini memiliki sikap pandai mengenang budi walaupun berlainan bangsa dan agama.

"Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memohon tempoh lima tahun sahaja untuk menjadi Ketua Menteri bagi membolehkannya meneruskan kesinambungan yang ditinggalkan oleh bekas Ketua Menteri Tun Abdul Taib Mahmud.

"Bila Tok Nan mengatakan ini penggal terakhir, maka sudah menjadi adat kita orang Sarawak, orang timur walaupun berbeza budaya dan agama untuk membalas budi beliau serta kerajaan negeri yang dipimpinnya," katanya

0 comment... add one now