Penjelasan Hafidz Roshdi Majlis Kahwin Tak Semeriah Artis Popular


Pada 30 April 2016, Pelakon meningkat naik Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 22 telah melangsungkan perkahwinan  dengan Nurul Shuhada. Berita perkahwinan menjadi viral dan trending di twiiter dan menjadi kejutan yang luar biasa kepada peminat Hafidz Roshdi.


Menurut Hafidz, dia mula mengenali isteri sejak mula belajar di sebuah Universiti Swasta. bercakap mengenai perkahwinan beliau yang di adakan secara tiba-tiba tanpa memaklumkan berita tersebut kepada peminat terlebih dahulu, membuatkan peminat beliau berasa sedih dan terkilan. Malah ada yang mengatakan perkahwinan hafidz tidak semeriah artis yang lain. 

"Majlis saya bukan sembunyi. Saya hendak mengadakan majlis secara sederhana. Kami dah merancang untuk berkahwin setelah setahun kami bertunang pada tahun yang lepas."

Menurut Hafidz, perkahwinan ini tiada mengena dengan isu cemburu . Antara kontroversi yang dikaitkan dengan Hafidz ketika ini ialah perang mulut antara dia dan Uqasha Senrose apabila Hafidz memberi kenyataan bahawa lakonannya dalam drama tersebut membuatkan tunangnya cemburu 

"Kami merancang untuk bernikah pertengahan tahun ini sebelum saya mula berlakon dalam tundukkan playboy itu. "

Menurut hafidz, Majlis di pihaknya akan berlangsung dalam bulan Ogos atau September.

"Tarikh tersebut masih dalam perbincangan. InsyaAllah kami jemput mereka (peminat) jika termampu"

0 comment... add one now