Nazim Othman Sudah Tempah Baju Kahwin?

Umum mengetahui bahawa pasangan Nazim Othman dan Bella Dally telah lama mengikat tali pertunangan, namun sehingga sekarang kedua-dua belah pihak masih merahsiakan lagi tarikh bahagia tersebut. Namun baru-baru ini, khabarnya Nazim sudah mula berjumpa dengan pereka fesyen untuk menempah baju perkahwinan.

Menerusi akaun Instagram beliau, Nazim telah berkongsi sekeping gambar bersama pereka terkenal tempatan Rizman Ruzaini di sebuah restoran dengan kepsyen yang sangat jelas untuk berbincang baju perkahwinan beliau. Selalunya jika sudah menempah baju perkahwinan, maknanya perkawinan pasangan ini sudah semakin hampir.

Selepas gambar itu dimuat naik, rata-rata para peminat membanjiri laman sosial pelakon dan penyanyi itu dengan ucapan tahniah disamping mendoakan kebahagiaan selebriti itu. Malah semuanya sudah tidak sabar lagi menunggu ketibaan hari bahagia pasangan ini yang kurang mendedahkan percintaan mereka.

Walau apapun, semoga segala urusan dan perancangan pasangan sama padan ini akan dipermudahkan olehNya serta berjalan dengan lancar. Sama-samalah nantikan pengumuman tarikh bahagia yang dipilih pasangan ini nanti, dah harap-harap Nazim juga tidak lupa untuk berkongsi bersama peminat. (rkty/w)

Screen Shot 2016-05-16 at 9.57.03 AM

0 comment... add one now