Selasa, 10 Mei 2016

‘Mudah Sungguh Kita Menghukum Mereka Sedangkan..’- Lelaki Ini Komen Tentang Isu Video ‘Liar’ Universiti Di Melaka

Baru-baru ni kecoh di laman media sosial tentang video event yang berlangsung di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Bila tengok video tu, nampak gaya macam tengah berjimba sakan di kelab malam tapi itu sebenarnya event yang diadakan oleh pelajar di sana.
Tapi, ramai yang tak menyambut baik event tu. Sehingga ada yang mengatakan pelajar-pelajar yang pergi ke event tu di bawah pengaruh benda-benda yang terlarang. Wahh, tapi sabar. Jangan tuduh sembarangan kalau kita sendiri tak tahu pokok pangkalnya. Ini pandangan positif dari seorang individu mengenai event tersebut.

Jangan cepat nak hentam


Memandangkan ramai yang tagged aku untuk mendapatkan penjelasan, dalam keadaan tenang dan tidak mudah melatah aku bagi la pandangan sedikit dan membetulkan PERSEPSI yang telah diberikan:
1. Fitnah pertama: pelajar di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Dan penulis mengikut pengalaman dia lalu menghakimi mereka ini berada di bawah pengaruh Alkohol dan Dadah. (Point ini yang membuatkan aku nak komen)
2. Sudah terlalu banyak perkara berniat jahat di bawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memberikan persepsi tidak baik dengan perkara yg tidak jelas. Video yang kurang dari 1minit ini tidak boleh menghakimi semua perkara yang mereka lakukan selama 2 hari. Program yang diadakan ini adalah dibawah fakulti Art and Design ataupun nama lain Seni Kreatif.
3. jika mereka berbuat kesalahan kita perlu mendengar penjelasan dahulu. Kadang-kadang propaganda pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama melayu untuk melagakan mereka ini sesama sendiri. Walhal adik-adik ini tidak dapat langsung membela diri malah dikecam lagi.
4: Ada banyak perkara yang baik, bakat dan kebolehan pelajar-pelajar ini kita boleh lihat sepanjang program dua hari itu tetapi penulis memilih video yang kurang dari 1minit untuk menjadikan isu. Cuba lihat video-video lain di hashtag tue. Ini bermakna penulis yang berselindung di atas akaun bukan nama sendiri mempunyai niat jahat.
5. Memandangkan ramai dizaman ini yg menjadi penunggang agama eloklah kita lihat maksud agama itu dengan baik. Agama sepatutnya digunakan sebagai panduan dan pentunjuk bukan digunakan untuk MENGADILI dan MENGHAKIMI orang lain.
6. Di dalam video tersebut kelihatan beberapa pelajar bertudung yg mengambil video. Tetapi tidak jelas jika pelajar bertudung itu menari dan berjoget bersama di dalam program tersebut. Jika tidak jelas bolehkah kita mengadili atau membuat kesimpulan mudah semua pelajar bertudung itu kerosakkan akhlak?
7. Jika kita lihat dari keseluruhan event itu (melalui #) ada mereka ini yang memakai topeng tengkorak, dan menyebabkan program itu nampak seperti gempak adalah disebabkan lighting dan muzik yang dimainkan. Bukan di dalam club sahaja selalunya lighting seperti ini (seperti dikatakan sesetengah pihak). Kadang-kadang di konsert dan persembahan lain juga ada. Dah sifat mereka Pelajar Art and Design selalunya akan buat sesuatu perkara diluar kotak pemikiran normal seperti kita. Itu yg mereka belajar tentang seni. Mungkin nampak keterlaluan kepada sesetengah orang.
8. Sebenarnya kalau kita pergi ke universiti lain pun masing-masing ada program seperti ini. Cuma disebabkan mereka ini dari UiTM dan Melayu maka mereka ini diberikan persepsi yg tidak baik dengan mencari masalah untuk mengecam mereka. Bukannya susah nak mainkan sentimen membenci agama dan bangsa itu.
9. Ya tidak ada siapa pun yang tidak pernah melakukan kesilapan. Jika mereka salah dari pandangan kita, tegurlah cara berhemah. Bukankah tegur atau mendoakkan mereka itu lebih baik. Sekurangnya kita dapat pahala. Tapi jika kita mencerca atau menghina dan paling dasyat memfitnah mereka dengan Alkohol dan Dadah akan menyelesaikan masalah? Adakah kita akan dapat pahala? Adakah mereka akan berubah? Inilah dipanggil learning proses. Kita semua ketika umur mereka juga melalui proses ini.
10. Islam itu luas maknanya. Iman itu juga luas pengertiannya. Di dalam kita inginkan sesuatu perkara yang baik, kita haruslah menggunakan pendekatan yang baik. Tidak adil bagi anak-anak muda ini jika mereka tidak diberi peluang untuk belajar jika ada kesilapan yg mereka lakukan. Tunjukkan mereka yang mana salah dan yang mana betul. Mudah sungguh kita MENGHUKUM mereka sedangkan kita tidak ada ketika itu bersama-sama mereka berusaha untuk buat yg terbaik di dalam program tersebut. Sekurangnya kita menghargailah usaha anak-anak muda ini. Mereka yang lain ini hanya tahu MENGHAKIMI dan Membuat andaian berdasarkan persepsi yang dimainkan tetapi tidak membantu. Macam tue lah negara nie. Kita selalu bercakap perkara yang kita tidak tahu dan faham. Yang benar dan fitnah dicampur sekali, Maka akhirnya kita pun bersengkokol dengan PEMFITNAH.
Wallahualam...


Tiada ulasan:
Write ulasan