Selasa, 3 Mei 2016

'Menyesal Guna Servis Ejen Luar, Bercuti Di Pulau Perhentian'

Lesson learn from this holiday.

1. Transport & Penempatan

Jangan sesekali deal dengan ejen luar untuk segala urusan di Pulau Perhentian. Sudahlah kami bercuti membawa keluar dengan adanya orang tua dan anak-anak kecil, dari mula urusan di jeti lagi dah nampak kami seperti dianaktirikan.

Muka ejen yang berurusan dengan kami langsung tak nampak. Sampai ke pulau, lagi besar masalahnya. Kami tak ada bilik langsung! Plus ada lagi dekat 100 orang tak ada bilik di bawah pengurusan ejen yang sama, Encik Hanan! Pembayaran penuh telah dibuat semasa di Jeti Besut.

Masa itu, rasa macam nak maki hamun saja. Dah rasa kena tipu gila-gila. Akhirnya mereka sediakan dua bilik untuk disumbat seramai 15 orang untuk 1 malam. Malam keduanya barulah diberi lagi 2 bilik. Dalam kepala kami semua memang nak buat laporan polis saja.

2. Urusan Aktiviti

Sudahlah dengan keadaan yang ramai orang, orang yang patut uruskan aktiviti kami buat kami seperti anak tiri lagi. Pengurusan masa memang out! 10 kali kena tanya orang yang incharge dan 10 kali itu juga kami kena beritahu yang kami ini customer siapa, berapa orang, bila dan bila giliran kami?

Kami orang pertama di jeti menunggu bot nak buat aktiviti. Kami juga orang yang terakhir diangkut ke tempat aktiviti. Patut kami dibawa pergi ke beberapa tempat, tetapi akhirnya dihabiskan masa dengan aktiviti snorkeling semata-mata. What the fish?!

Tetapi nasib baik ada pakcik bot itu yang sangat baik. Hilang juga stress pada hari kedua. Seornok tengok anak-anak menikmati percutian mereka. Memandangkan semua sudah penat, jadi malaslah nak pergi tanya lagi dan lagi untuk aktiviti lain.

3. Makanan

Dalam perjanjian, makanan disediakan 3 kali sehari. Yes, memang tiga kali tetapi dengan makanan yang ala kadar. Semasa BBQ pula hanya ada bihun/nasi goreng dan kami cuma diberi ayam sahaja? Ayam sahaja okay! Berbeza sangat dengan chalet yang kami pernah sewa dulu. Bermacam-macam jenis hidupan laut yang disediakan untuk dimakan pada makan BBQ.

Rupa-rupanya, malam pertama kami ada berborak dengan orang kampung. Mereka berkata, ejen yang berurusan dengan kami ini banyak menipu orang. Aku ulang, menipu orang! Under ejen ini sahaja, dia ada 80 orang ejen yang lain.

Orang-orang kampung Perhentian ada pesan, lain lain ambil pakej terus dengan resort/chalet/hotel. Memang berbeza sangat layanan ejen berbanding pihak resort/chalet/hotel. Service memang tip top.

Aku ingatkan ambil dengan ejen, servis akan sama tetapi tidak. Apa-apa pun kami tetap akan menuntut pengembalian wang kami untuk bilik 1 malam. Takkan kami nak halalkan apa yang ejen dah tipu kami? Aku rasa terkilan sangat dengan holiday kali ini. Rasa teruja kami sekeluarga bertukar menjadi kecewa.

Facebook page yang kami deal, Pakej Percutian Pulau Perhentian Termurah. - Nazirah Nari

Tiada ulasan:
Write ulasan