Rabu, 11 Mei 2016

Lampu Isyarat Beralih Mengadap Arah Kiblat Selepas Ribut?

Erkk... alahai. Tak sangka pula gambar lampu isyarat yang berubah arah ini menjadi viral di laman group Facebook. Adeh. Saya yang ambil gambar lampu isyarat ini, lokasinya ialah di atas persimpangan bertingkat dari arah pekan lama Parit Buntar menghala je Jalan Permatang Tok Mahat (lokasi Pasar Kemboja).

Jika anda perhatikan gambar yang saya sediakan ini, ia merupakan gambar beberapa tiang lampu isyarat yang didapati beralih arah dari yang sepatutnya. Ada dua buah lampu isyarat yang telah berpusing dan beralih kedudukan asalnya. Ia sepatutnya mengadap ke arah saya (dalam kereta) tetapi berpusing 90 darjah ke arah sisi.

Lampu Isyarat Beralih Mengadap Kiblat Selepas Ribut?


Apa yang berlaku ialah, malam sebelum itu, pekan Parit Buntar telah dilanda hujan dan ribut yang agak kuat. Disebabkan hujan yang disertakan angin kuat ini, beberapa pokok besar di sekitar Parit Buntar telah tumbang, malah ada kejadian dilaporkan bahawa bumbung beberapa rumah juga telah diterbangkan.

Anak saya pula bercerita, ada pokok pisang yang hangus terbakar di depan rumah kawan sekolahnya. akibat disambar petir. Uhh memang menakutkan ...

Viral di Group FB

Gambar tiang lampu isyarat yang berubah arah ini telah saya kongsikan di beberapa group Facebook. Tiada caption seperti tajuk blog post ini yang disertakan pada gambar, cuma sekadar memberitahu bahawa saya terpaksa 'keluar' kereta untuk lihat samada lampu isyarat bertukar hijau. Namun, apa yang berlaku ialah ... ada di antara pengomen gambar tersebut telah memberikan satu kesimpulan bahawa lampu isyarat tersebut telah beralih mengadap kiblat, susulan daripada hujan ribut angin yang kuat.

Ia Tidak Beralih Mengadap Kiblat!

Tapi, sebenarnya tidak. Lampu isyarat tersebut tidak menghala atau mengadap kiblat.

Ia cuma berpusing sebanyak 90 darjah ke sisi, yang menghalang pengguna jalanraya dari arah sepatutnya melihat warna lampu. Dan arah tersebut bukan arah kiblat!

Tulis Untuk Elak Gambar Disalah Erti

Saya harap gambar tiang lampu isyarat ini tidak diambil dan dijadikan post sensasi bahawa terdapat lampu isyarat yang beralih mengadap kiblat selepas berlakunya ribut kuat. Sebelum ada yang ambil kesempatan, baik saya terbitkan post ini untuk berikan pemahaman. Al maklumlan, sekarang ni banyak benda mudah diviralkan hanya dengan memanipulasi tajuk sahaja...huhuhu...

Err macam anda, kan dah terbaca post ini .. ye tak?

 

Tiada ulasan:
Write ulasan