Selasa, 17 Mei 2016

Kementerian Kaji Kemungkinan Kenakan Cukai Ke Atas Perniagaan Online

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dilaporkan sedang mengkaji untuk mengenakan cukai kepada peniaga atas talian di mana ianya sejajar dengan kepesatan sektor berasaskan internet di negara ini, lapor Bernama.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pihak kementerian telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan kajian terperinci mengenai perkara ini.

"Pihak LHDN telah pun menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian di mana dia bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu."

"Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya.

Menurut  Mohd Irwan berkata,  pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan pihak SSM.

"Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang mereka peroleh," tegasnya.

Beliau meberi contoh perkhidmatan Uber dan Grab  di man berdasarkan kajian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan mereka ini mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai.

Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000. -

Tiada ulasan:
Write ulasan