Kaum Lelaki Perlu Baca - Turunlah Ke Liang Lahad, Pusing Mak Ayah Hadap Kiblat

Wahai Anak Lelaki Yang disayangi..

Pesan utk anak2 trutamanya ank2 lelaki. Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut mayat dia, bukak papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu. Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. Biar kita!!! Bukan orang lain. Jangan kita tengok je. Allahhurabi.. "Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak". Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.. Biar kita! Pegang pelahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik ggumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.

"Mak last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku tak tengok mak dah". Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu.. Ingat sejak kita lahir, tangan mak ni yang suap dimulut kita. Ingat hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita. Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat beradik, empat2 beradik terjun dalam. "Abang pegang belakang bang". Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni. Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa. "Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah.. Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong Ya Allah kesian mak aku Ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia. Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa2 dia Ya Allah".

Kawan2, kalau dosa mak sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita. InsyaAllah Allah tak tolak doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu pesanan pd kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup.. Kawan2, buat jasa la.. Buat jasa... Pada sahabat yg dah tiada ibu atau bapa, mari kita sama sedekahkan al-fatihah buat mereka. Bagi sahabat yang lain, kita akan merasa apa yg rakan kita rasa. Cepat forwardkan kat kawan2, anak2 especially yg lelaki..

0 comment... add one now