Isnin, 9 Mei 2016

‘Kami dah terlanjur…’ – Pengakuan Teman Wanita Lelaki Ini Membuat Dia Kehilangan Isteri Selamanya

Tak tahu la apa yang lelaki nak dalam hidup ni. Dah ada isteri cantik, zuriat yang comel, kerja yang bagus pun masih nak menggatal dengan orang lain. Apa la dosa isteri tu kena tipu hidup-hidup. Kalau ada masalah kan boleh dibincang elok-elok. Tak perlu la nak luangkan masa dengan orang lain semata-mata sebab isteri sibuk bekerja.
Macam apa yang berlaku kat lelaki ni apabila dia kehilangan isterinya buat selamanya setelah dengar pengakuan ‘kami dan terlanjur…’. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan menyesal seumur hidup.

Kawan mula hasut saya… Saya mula balik lambat dan marah-marah Hani…


8 tahun lepas saya ada isteri yg cantik, berkerjaya, kaya dan mewah tp semua tu hasil usaha dia sendiri sebelum berkahwin dgn saya, saya panggil dia Hani, lepas setahun kahwin kami dpt anak yg saya panggil Baby, Hani dgn Baby penyeri hidup saya, tp Hani busy keja siang malam, Hani aktif berbisnes sana sini, pagi kerja di syarikat guaman, malam Hani online bisnes dan hantar barang pada cust, hubungan kami bahagia sampai la Baby umur 2 tahun, kawan mula hasut saya, kenapa balik kerja terus duk rumah, malam tak kluar, jarang balas wassap grup, saya cakap bz jaga Baby, nanti lambat amik kt pengasuh, Hani tak dak, mula2 saya tak kisah dorg semua dok kata kt saya, tp lama2 saya terhasut yg konon2 Hani ni tak pentingkn rumah tangga, nk dijadikn cerita, saya mula balik lambat, saya sering marah2 Hani, Hani dok diam ja, tak lawan, dia ckp takpa nanti ank dia bayar lebih kt pngasuh, malam biar dia bawak p jumpa customer pon…

Di FB saya jumpa janda ni, kawan sampai terlanjur…

Saya pulak lepas tu duk layan fb suma jumpa satu janda ni, kawan 6bulan sampai terlanjur. Saya janji nak kawen dgn J ni. Tapi saya kena buang kerja pasal selalu ponteng pi makan angin dengan J ni.. Last saya balik kampug cita kat mak, nak kawen lain pasal Hani bz kerja, mak bubuh sampai pekak telinga, mak bagi saya penampaq sekali, mak cakap bini dok baik kerja cari rezeki saya dok mengela dengan J tu.. Rupa nya Hani dok hantar belanja kt mak tiap bulan, duk tanya khabar mak hari2 pasal Hani anak yatim tak dak sapa dah…

Hani tak boleh terima kami dah terlanjur, Hani minta diceraikan…

Saya nekad putuskan hubungan dengan J tu.. Lepas putus dia minta RM3000, kata dia kalau tak bagi dia jumpa Hani, saya pun bagi RM3000. Pastu dia call lagi lepas 2 minggu minta RM5000.. Saya tak layan, dia jumpa Hani cita semua, dia ckp kami dah terlanjur, Hani pengsan, Hani tak boleh terima sy tipu dia, Hani cakap saya tak kerja tak pa, tak nak jaga anak tak pa, tapi kenapa buat dia lagu tu, Hani mintak sy ceraikan dia, kalau tak Hani nak lari jauh bawak anak, berat hati saya ceraikan jugak, tp Hani baik, dia tetap hantar Baby kt mak, belanja mak pn dia bagi, tak pernah dia lupa mak…

Hani jatuh sakit, pergi meninggalkan kami selamanya…


Setahun lepas cerai Hani sakit, kurus sangat muntah2 darah, mak pujuk Hani kawen balik dengan saya pasal Hani dengan Baby tak dak sapa dah, Hani setuju lepas puas mak merayu, lepas kawen Hani dok dengan mak, saya bawak berubat sana sini, jumpa doktor, jumpa ustaz, doc cakap sihat ja tak da apa, darah ok, ustaz cakap kena santau, puas kami iktiar last Hani pergi pada waktu subuh buat selamanya.. Baby baru 3 tahun.. atas pangku mak masa nak otw pi hospital sebab sesak nafas, tak sempat dah..
Hidup saya gelap waktu tu… Semua sedih.. dan saya mnyesal sebab pernah curang dengan Hani…
Pada suami kat luar sana tak payah la nak cari perempuan lain.. bini kita kerja ka suri rumah ka, tu lah yang terbaik, jangan jadi cam saya bini dok ada pi curang.. ni dah tak da menyesal tak guna, nasib ada baby dengan mak..
Kesiannya. Kepada suami tolongla hargai isteri yang telah banyak berkorban untuk keluarga. Jangan diikutkan nafsu dan hasutan. Bila isteri dan tiada baru nak menyesal pun tak berguna dah.

Tiada ulasan:
Write ulasan