“Jujur Saya Katakan Kritikan Tajam Kak Ogy Mengguris Hati Kami"

Selepas tersingkir pada minggu keempat didalam program nyanyian Gempak Superstar, Izreen Azminda mengakui bahawa kritikan tajam dari para juri sedikit sebanyak mengguris hati peserta. Ditambah pula, dengan komen yang menghentam sekaligus membuatkan mereka tertekan dan menganggu fikiran ketika membuat persembahan.


“Seperti kata Datuk Ramli MS, kalau intonasi menegur itu okay, maka kami pun akan okaylah dengan komen yang diberikan. Kerana bukan mudah hendak menghafal skrip lakonan, lirik lagu dan step tarian dalam masa yang singkat. Kalau diberi tugasan yang sama kepada penyanyi sebenar pun saya tak rasa mereka dapat lakukannya”

“Juri sepatutnya lebih memahami dengan situasi yang berlaku di mana masa untuk sesi latihan adalah tidak mencukupi. Saya tak kisah kalau mahu kata persembahan saya buruk atau seperti funfair, tak apa. Sebenarnya saya memang tak kisah cuma saya rasa juri harus faham bahawa masa latihan itu tidak cukup,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya Izreen lagi, jika tugasan yang sama diberikan kepada mereka yang sudah berpengalaman pun belum tentu mereka dapat melakukannya dengan sempurna. Cuma apa yang diharapkan pelakon itu adalah pihak juri lebih memahami situasi para peserta yang kesuntukan masa untuk berlatih sebelum bertindak menghentam.

Walaubagaimana pun, bagi Izreen, beliau sudah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut namun mungkin rezekinya sampai disini sahaja. Minggu lalu menyaksikan dua penyingkiran telah berlaku iaitu Izreen Azminda yang mendapat undian sebanyak 33 peratus manakala Raja Ilya memperoleh 32 peratus.

0 comment... add one now