Jenazah Jatuh Dalam Sungai – Rentas Sungai Untuk Ke Tanah Perkuburan, Penduduk Kampung Mengeluh


Urusan pengebumian jenazah harus disegerakan secepat mungkin, namun bukan semua orang bernasib baik dalam hal sedemikian.
Penduduk kampung ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesukaran menyempurnakan urusan pengebumian jenazah atau melawat tanah perkuburan. Baca pengalaman gadis ini yang mewakili luahan penduduk kampung tersebut tentang isu kesukaran untuk ke tanah perkuburan, semoga urusan mereka dipermudahkan Allah dan masalah mereka dapat diselesaikan dengan segera!

Sukarnya Ke Tanah Perkuburan!


Saya hanya ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman saya di kampung emak saya yang terletak di Kampung Rantau Panjang Kota Tinggi, Johor..

Tanah perkuburan berada di seberang sungai. Setiap kali ada berlaku kematian orang kampung untuk menziarah tanah perkuburan sewaktu hari raya, kami orang-orang kampung terpaksa melalui perkara yang paling sukar iaitu merentasi sungai untuk ke tanah perkuburan…

Jenazah Jatuh Dalam Sungai!

Paling menyedihkan lagi pernah satu ketika dulu ada jenazah jatuh ke sungai dan pernah bot terbalik disebabkan mahu pergi melawat tanah perkuburan. Paling menyedihkan dalam bot tu ada seorang baby… Sekarang jambatan untuk ketanah perkuburan itu sedang giat dijalankan… Ni saya sertakan gambar-gambar… Yang terbaru gambar jenazah baru meninggal semalam.. 

Sumber: Rizal Hakimm dan Ayumi Adda

0 comment... add one now