Isteri Baru Lepas Bersalin & Suami Janji Nak Jaga Anak Beranak, Tapi Beberapa Hari Selepas Itu.. Kasihannya

Kami memang respect dengan ibu-ibu mengandung kerana selama 9 bulan berhadapan dengan pelbagai alahan, pantang larang sehingga lah hari kelahiran anak dalam kandungan. Ketika bersalin pun wanita berhadapan pelbagai kemungkinan yang kami sendiri pun tak sanggup nak cakap.
Bagi pihak suami pula, pada ketika itu haruslah menjaga dan layan isteri ketika bagai puteri. Kerana mereka sanggup bersusah payah demi melahirkan zuriat. Bukan ketika mengandung sahaja, malah selepas melahirkan anak pun suami harus menolong apa yang patut untuk ringankan beban. Tapi lain pula bagi pasangan suami isteri kerana..

Suami kata nak jaga isteri dan anak baru lahir..


Salam. Tolong hidekan profile saya. Bulan 1 itu hari sy baru bersalin secara caeser. Alhamdulillah dapat baby girl. Masa dalam pantang berapa minggu, suami ajak balik rumah sendiri, katanya nak jaga kami anak beranak sendiri. Hari pertama kedua suami okey lagi buat kerja rumah, jaga pakai minum kami. Lepastu ada 1 hari baby meragam menangis je satu malam. Saya kejut suami untuk bergilir jaga, suami bangun terus tampar saya, dia kata dia penat baru dapat tidur sekejap. Bayangkan dalam pantang saya kena tampar. Saya diamkan aje saya tak layan diam je. Saya teros jaga anak tanpa hiraukan bapa dia. Esoknya saya yang buat kerja rumah semua, masak, basuh semua saya buat. Lepastu saya pula kena demam bentan. Habis sejuk menggigil badan. Tapi saya langsung tk beritahu sesape. Baru2 ni keluarga kami ada buat kenduri. Kami pergi dan balik malam. Malamnya anak meragam lagi, masa anak meragam saya dalam bilik air. Saya keluar bilik air suami tengking dia kata tak dengar ke dia panggil banyak kali? Saya kata lah awak pon sendiri nampak saya baru keluar bilik air kan. Dan saya cakap dengan dia pergilah tidur, biar saya yang jaga anak. Dia terus tampar saya lagi, kemudian dia tumbuk saya dua kali dekat kepala saya dalam keadaan saya tengah mendukung anak. Dengan keadaan mendukung anakdia pukul saya siap dia tolak saya kat dinding sampai saya terjatuh. Saya bangun saya nak lari keluar dari rumah, dia tarik saya. Dia pujuk saya jangan keluar, dia malu kalau orang lain tahu. Saya menangis tak berhenti sejak haritu bila teringat. Sekarang bila saya tengok dia atau bersentuh dengan dia, saya jadi trauma teringatkan peristiwa tu. Saya taknak bersama dia sebab saya masih trauma. Sampai sekarang dia masih belum minta maaf kat saya. Semalam pula saya marah dia, saya kat kata kalau perempuan lain dekat fb boleh pula dia like gambar2, tapi bila isteri sendiri haram nak like. Malamnya dia balik keje dia boleh kata saya kena masuk hantu asyik nak marah je, saya geram saya ambik beg anak saya keluar rumah, dia tarik saya lagi. Then dia kata kalo nak pisah, pisah lah. Saya dah tak tahan dengan awak. Bodohlah awak ni. Dia kata macam tu. Allah, perasaan saya sangat down. Saya tak pernah terpikir untuk berpisah. Saya cuma nak keluar mencari ketenangan saya dah lama makan hati. Sampai sekarang saya tak bercakap atau pandang suami saya masa saya pergi kerja. Msg pon saya tak balas. Saya tak kuat dah sekarang. Saya tak tau apa nak buat. Anak baru 3 bulan, tapi bapa nya dah buat hal. Apa yang perlu saya buat?

0 comment... add one now