Selasa, 10 Mei 2016

'Isteri Aku Garang Macam Mak Singa!'

Isteri saya ini, garang nauzubillah macam mak singa! Tetapi dia manja. Macam mana eh nak bagi isteri kurang garang?

Bukan apa, kasihan pada anak-anak. Anak baru saja ambil mainan, isteri dah usha baik dari jauh. Satu saat saja anak tinggalkan mainan, terus dia kemas. 48 jam menyapu di rumah walaupun habuk sikit sahaja.

Di dapur? Jangan cakaplah. Memang bersih licin sampai saya nak minum air pun, baru jejak kaki ke dapur dia dah berpesan,

"Nanti jangan sepah-sepahkan. Takut semut!" katanya.

Saya memang suka sakat isteri. Saja tinggalkan cawan kotor dalam sinki. Saya keluar pintu dapur saja, dia terus ke dapur. Laju tangan dia mengemas dan lap mengelap sambil mulut pun sama laju. Haha! Itulah isteri saya.

Tetapi dia ini pandai kalau saya moody, mulalah dia konon-konon sakit tanganlah, pening kepalalah bagai supaya aku dekat dengan dia. isteri saya ini memang jenis yang tak suka mulakan dulu, dia malu. Kadang-kadang aku saja jeling-jeling dia, gedebuk sekali tangan dia di dada saya. Adeh!

"Kenapa tengok-tengok? Malulah!" katanya.

Haha! Itulah isteri saya. Tetapi kalau dia marah, saya rasa nak terkam saja tutup mulut dia. Kalau dia pening ke, sakit badan ke, saya tak suruh pun dia pergi ke klinik atau berurut. Saya bawa dia jalan-jalan pergi mall.

Isteri saya ini bukan jenis kaki shopping, dia suka window shopping. Bila jalan-jalan, saya nampak baju cantik dan kata,

"Cantik baju ni, kalau awak pakai mesti cantik lagi kan?"

"Buat apa nak membazir? Baju dalam almari yang ada pun tak pakai lagi," katanya.

Saya rasa, kalau perempuan yang lain dah lama kena sembelih kaw-kaw. Tetapi itulah isteri saya. Kalau beri pilihan nak beli emas atau jalan-jalan, dia akan pilih jalan-jalan. Dari mula kahwin saya ada gaji lebih, dia tak pernah minta beli emas. Bila saya gaji, kawan-kawan saya semua pergi makan besar, makan mahal-mahal. Tetapi isteri saya tak pernah minta makan mahal-mahal. Kalau saya ajak, dia akan ajak pergi McDonalds atau KFC saja sebab dia tak nak susahkan saya.

Rasanya kalau dia tak ada, mesti tak ada lagi wanita seperti dia kan? Di sini saya cuma nak minta tolong doakan saya agar boleh menjaga isteri saya ini di dunia dan akhirat. Doakan kami berkekalan.

Seperkara lagi, isteri saya tak cantik tetapi dia manis, sebab dia suka jeling-jeling mata. Hahaha! Untuk lelaki di luar sana, ada isteri, jagalah elok-elok. Jangan nanti dah tak ada barulah menyesal. - KRT

Tiada ulasan:
Write ulasan