Ini 8 Petua Hilangkan Sakit Mata, Tanpa Guna Ubat

“Eh, apasal tetiba mata sebelah kanan ni bengkak dan merah? Patutlah dari tadi asyik gatal aja. Aku pulak pergi tonyoh mata ni, ha kan dah berair. Aduh, macamana nak hilangkan sakit mata ni!”
Terlalu lama menghadap komputer atau menonton di skrin tv, mata kering, alergi pemakanan, radang dan penggunaan kanta adalah antara sebab mata tiba-tiba menjadi merah serta sakit ditambah pula dengan menggarunya menjadikan mata bertambah perit.

Bagaimana Cara Hilangkan Sakit Mata Tanpa Ubat?

Banyak cara yang boleh dilakukan iaitu:

1. Basah tuala dengan air sejuk dan tekap pada mata

Air sejuk mengurangkan bengkak dan memberi keselesaan pada mata yang sakit. Anda juga boleh sembur air sejuk pada muka.

2. Letak ais atau pek beku

Selain air sejuk, boleh juga guna ais atau pek beku. Tekap pada mata dalam empat hingga lima minit.

3. Kurangkan aktiviti yang boleh jadi punca sakit mata

Angkat benda berat, sembelit dan aktiviti yang memberi tekanan pada kepala perlu dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan pada saraf mata.

4. Kurangkan masa pandang skrin tv, komputer dan telefon

Terlalu lama memandang skrin boleh menyebabkan mata mudah sakit, menjadi merah dan gatal-gatal.
Ikut rule 20-20 iaitu 20 minit memandang skrin dan kemudian lakukan aktiviti lain dalam 20 minit baru sambung semula memandang skrin.

5. Jarakkan skrin daripada mata

Orang tua selalu marah kalau kita duduk dekat sangat dengan TV kan? Ia memang relevan dan ada betulnya kerana ia menjadikan mata letih akibat memandang terlalu dekat.
Adjust skrin agar sama level dengan mata dari kejauhan antara 50 hingga 100 cm.

6. Elak merokok

Asap rokok dan merokok boleh menyebabkan mata mudah terkena pelbagai jangkitan seperti katarak, sindrom mata kering dan diabetic retinopathy.
Jadi, jika anda seorang perokok tegar, kurangkanlah merokok. Ia membawa pelbagai masalah lain kepada tubuh.

7. Banyakkan makan makanan:

  • Lemak asid Omega 3 seperti salmon, kacang dan flaxseed
  • Vitamin C, E dan zink seperti kale, brokoli, kubis bunga, strawberi, oren, kubis, tomato, saderi dan bayam
  • Vitamin B2 dan B6 seperti telur, sayur-sayuran segar, bijirin, produk tenusu, biji bunga matahari, tuna
  • Lutein dan zeaxanthin seperti kacang hijau, cili benggala oren, jagung, oren, mangga
  • Minum air antara 8 hingga 10 gelas setiap hari

8. Dapatkan tidur secukupnya

Mata juga menerima kesan jika badan letih akibat kurang tidur. Apabila badan mendapat rehat yang secukupnya, sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang membawa kemudaratan
Jika sakit mata akibat pemakaian kanta lekap,
Ia boleh juga disebabkan eye drop yang digunakan.

Jika Berlanjutan, Segera Rujuk Doktor

Apa pun, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor mata agar anda dapat hilangkan sakit mata secepat mungkin.
Perlu diingat, ia adalah salah satu penyakit yang cepat berjangkit. Jadi, pastikan anda mengetahui puncanya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain ya!

0 comment... add one now