Rabu, 11 Mei 2016

Fiza Elite Bagi Bayangan Akan Berkahwin

Melalui perkongsian gambar di akaun Instagram Fiza Elite baru-baru ini, tenryata kini dia sedang menanti hari untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati. Bagaimanapun, terdapat komen-komen yang kurang enak apabila menyifatkan Fiza sebagai perampas.



Perkara tersebut menjadi perhatian apabila Fiza dilihat membalas kembali komen berkenaan sambil mempertahankan dirinya. Bagaimanapun, rata rata peminatnya juga tidak sabar-sabar menantikan detik manis itu.

Sehingga kini, Fiza belum menjelaskan di mana dan bila majlis pernikahan akan berlangsung. Fiza sebelum ini pernah bercerai pada 2010 dan kemudiannya berkahwin dengan Adam AF namun bercerai pada tahun 2015. Apa pun, semoga persiapan akan berjalan lancar dan semoga perkahwinan Fiza kali ini akan kekal hingga ke syurga.

Tiada ulasan:
Write ulasan