Khamis, 26 Mei 2016

Fasha Sandha Tiada Niat Menggoda Melalui Selfie

Kekerapan Fasha Sandha berselfie di Instagram kebelakangan ini ternyata membuatkan peminat dan juga warga laman sosial tertanya tanya. Namun bagi Fasha, apa yang dilakukannya itu bukanlah dengan niat untuk menggoda.



“Saya bukannya berselfie kosong. Kekerapan saya berselfie adalah kerana saya ada produk. Saya juga menjadi duta kepada beberapa jenama. Sebagai duta produk adalah menjadi tugas saya untu mempromosikannya”

“Malah dalam perjanjian, ada dinyatakan saya perlu selalu berselfie. Dalam erti kata lain, komitmen saya adalah bergambar dan muat naik ke laman sosial saya. Jika diikutkan , sebelum ni saya juga ada berselfie tetapi lebih kepada promosi bagi acara yang saya hadiri atau sesi fotografi,” jelasnya kepada BH Plus.

Tambah Fasha lagi, setelah dirinya kini solo, kehidupannya bertambah baik malah turut dihujani rezeki tidak henti henti malah jadualnya turut penuh sehingga penghujung tahun ini.

Tiada ulasan:
Write ulasan