Jumaat, 6 Mei 2016

'Entah² Bayi Yang Awak Kandung Itu, Bukan Anak Saya!'

Bermulanya detik kejam yang saya lakukan. Saya suami dan seorang ayah pada putra sulung saya. Saya berkahwin atas dasar cinta. Isteri baik, tiada masalah dan boleh dikatakan cukup sempurna. Tetapi isteri saya bukanlah pilihan orang tua dan adik beradik saya.

Bila isteri saya disahkan mengandung, saya gembira tak terkata sebab saya akan menjadi ayah. Tetapi kebodohan saya menjadi-jadi bila saya terikut kata-kata orang sekeliling yang membenci isteri saya sehingga saya sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak yang dikandung.

Saya pernah cuba menghilangkan diri berbulan-bulan dari isteri. Saya bersiar-siar, melepak, bersuka ria tanpa tinggalkan walau satu sen pun pada isteri. Bahkan passport/kad bank/ kad kredit  milik isteri saya sorokkan sebab tidak mahu dia lari. Hanya kad pengenalan dia sahaja yang saya tinggalkan dalam dompetnya. Saya buat semua itu di atas nasihat adik beradik saya.

Saya bersuka ria, makan sedap-sedap di luar. Sedangkan isteri di rumah hanya makan biskut dan roti selama berminggu-minggu. Kalau makan nasi pun hanya berlaukkan garam.

Isteri terpaksa pergi check up baby dan berjalan kaki jauh tak terkata. Panas dan hujan, dia redah. Saya matikan telefon bimbit bila isteri call, WhatsApp, WeChat, Massenger. Saya tak layan dia langsung kerana termakan kata-kata orang yang isteri saya seorang perempuan jalang, penipu dan sebagainya.

Saya pun bodoh kerana terus percaya bulat-bulat kata bekas tunang isteri, sedangkan saya tahu bekas tunangnya itu memang teruk.

Cukup 2 bulan, saya pulang ke rumah dengan hati yang panas. Masa itu, isteri sudah sarat, tahu saya mahu balik ke rumah. Dia masak makanan kegemaran saya dan tunggu saya di depan pintu. Belum sempat isteri berkata apa-apa, saya bagi penampar sekuat hati sebab sakit hati. Isteri tersandar di dinding.

Tak cukup dengan itu, saya tarik rambut dia dan hentak kepalanya ke dinding. Saya sepak perut dia, padahal dalam perutnya itu adalah darah daging saya. Yang saya dengar hanyalah tangisan esakkan isteri yang merayu berhenti menzaliminya. Dia bangun dan lari masuk ke bilik dan mengunci dirinya.

Masa itu saya perasan darah isteri pada tangan saya. Ya Allah, mengucap panjang saya memohon ampun dari isteri dan meminta peluang. Isteri dengan hati yang ikhlas menerima saya semula.

Namun, janji untuk berubah terus dilupakan sehinggalah isteri bersalin. Saya tak tengok dan ambil tahu tentang anak saya, sedangkan wajah si kecil itu saling tak tumpah wajah saya. Dalam pantang, makan minum isteri pun saya tak peduli. Isteri buat sendiri semua kerja dari jaga anak, bawa ke klinik. Sampai dia terpaksa berjalan kaki ke klinik sebab tiada duit dan saya pula tidak memberikannya duit.

Pernah isteri menghubungi saya ketika waktu bekerja, katanya dia sakit teruk. Saya? Saya tak ambil pusing sebab terpengaruh dengan kata-kata orang bahawa perempuan selepas bersalin memang akan mengada-ngada. Sedangkan pada ketika isteri menghubungi saya, saya dengar suaranya tercungap-cungap menahan sakit.

Selepas seminggu, saya balik ke rumah tengok isteri dan anak. Comelnya si kecil ini tidur. Terurusnya si kecil ini dijaga oleh isteri saya. Saya tengok muka isteri, pucat dan badannya panas. Tetapi saya abaikan juga. Bodohnya saya.

Genap 2 bulan kemudian, saya ceraikan isteri yang tengah demam teruk dengan talak 3. Anak pada ketika itu pun demam, tetapi hati saya keras dan terikut kata keluarga, saya halau mereka berdua keluar dari rumah sehelai sepinggang pada tengah malam.

Tanpa air mata dia berkata, "Saya maafkan awak..."

Itulah kata-katanya yang terakhir dan selepas itu saya tidak tahu ke mana mereka pergi membawa diri.

Selepas tiga bulan, sahabat baik bekas isteri datang di depan rumah dan sedarkan saya serta menceritakan perkara sebenar dari A - Z. Katanya, sepanjang saya kerja di luar kawasan, bekas isteri saya itu tidak pernah curang, malah apa yang dituduh oleh bekas tenangnya itu juga adalah tidak benar termasuklah cerita yang disampaikan oleh keluarga saya selama ini.

Terduduk saya mendengar penjelasan dari sahabat baik bekas isteri saya. Saya seksa isteri dan anak bagaikan sampah, saya hina dan tak pernah pedulikan perasaan isteri yang tidak mempunyai sesiapa lagi kerana orang tuanya sudah meninggal dunia. Dulu arwah orang tuanya amanahkan kepada saya untuk menjaga anaknya sebaik mungkin, tetapi saya gagal berbuat demikian. Sedangkan dia berpelajaran tinggi, ada rupa yang sempurna.

Tetapi saya bodoh, Puas saya mencari mereka kerana mahu memohon keampunan. Sampailah satu hari ketika saya lepak dengan kawan-kawan.

"Eh, ini bukan bekas isteri kau ke?" tanya mereka.

Ya Allah, terasa ingin memeluk mereka, terlampau rindu. Rupa-rupanya isteri sudah menjadi model sambilan dan sudah berjaya memiliki butik sendiri sebab itulah impian dia sejak dari dulu lagi.

Saya pergi ke rumah bekas isteri, saya lihat, anak saya sudah pandai berjalan. Saya meminta ampun pada bekas isteri, tetapi dia kata dia telah memaafkan saya dunia dan akhirat.

"Saya dah lama maafkan abang. Tak pernah menyimpan dendam pada abang dan keluarga mahupun bekas tunang saya sendiri," katanya.

Saya memberitahunya yang saya datang nak merujuk semula, namun dia menolak kerana dia sudah cukup menghadapi pengalaman yang perit itu. Cukupalah hanya anak sebagai peneman hidupnya.

Hancur hati saya mendengar jawapannya itu. Semenjak dari itu, saya hanya memerhatikan bekas isteri dan anak dari jauh. Jujur saya rindu pada mereka berdua.

Nasihat saya, janganlah dengar kata-kata orang tanpa selidik walaupun yang berkata itu dari keluarga kita sendiri. Sepatutnya kita yang mempertahankan keluarga kita. Bila dah tak ada, barulah menyesal seperti saya yang tidak berguna ini.

Sepatutnya sebagai suami, saya perlu mencari jalan untuk merapatkan isteri dengan keluarga, bukannya hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Hargailah isteri anda dan jangan sesekali sakiti hatinya. Saya sedih, anak saya pun dah tak kenal siapa saya. Allah.. - KRT

Tiada ulasan:
Write ulasan