Khamis, 12 Mei 2016

'Eleh, Cikgu Tadika Je Pun...'

Di mata kasar orang, mereka ingat kerja sebagai cikgu tadika ini adalah kerja yang senang. Tetapi hakikatnya, hanya cikgu sahaja yang merasa. 

Berdepan dengan karenah kanak-kanak dan karenah ibu bapa. Budak-budak sekarang bukannya seperti zaman kita-kita dulu. Ibu bapa pula, bila anak dah sekolah, tanggungjawab mendidik diletakkan di bahau cikgu 100%. Sedangkan masa di rumah lebih banyak dari di tadika.

Di rumah tak ajar pun, lebih-lebih lagi sudah membiasakan anak-anak dengan gajet. Bila anak slow atau tidak pandai, cikgu pula yang dipersalahkan, sedangkan ibu bapa lepas tangan.

Bab parent pula, kalau anak balik dengan adanya kesan calar-calar sikit, cikgu pula dituduh tak pandai jaga. Tahap umur begitu baru nak pandai berkawan, nakal itu biasalah.

Mata cikgu ada dua sahaja, kadang-kadang tak sempat nak tengok juga. Ibu bapa kalau dah cerewet sangat, eloklah ajar anak sendiri di rumah. Tak gaduh. Anak seorang dua di rumah pun terpekik-pekik fikir-fikirkan kami yang menjaga 20 - 30 orang kanak-kanak. Stress tak tress, tuhan saja yang tahu.

Kenapa kami masih bertahan pegang gelaran cikgu tadika? Sebab kami sayang anak-anak soleh/solehah ini. Semua demi masa depan mereka.

Jadi, harap tiada orang yang nak perli atau mengata, "Eleh, cikgu tadika je pun,".

Sekadar perkongsian pengalaman dan luahan ringkas dari diri ini. Selamat hari guru.

Tiada ulasan:
Write ulasan