Isnin, 9 Mei 2016

‘Ego Si Suami Tercabar…’- Realiti Dilalui Pasangan Yang Gagal Dapat Anak…Pedih Sangat!‘

Pasangan berkahwin mana yang tak inginkan cahaya mata dalam kehidupan seharian mereka? Sudah tentu masing-masing mengimpikan rumahtangga mereka diserikan dengan gelak tawa bayi comel.

Namun, ada juga pasangan yang harus menerima takdir bahawa Allah SWT masih belum memberikan mereka peluang bergelar ibu bapa. Tapi, ada juga pasangan yang bagaikan tewas dengan ujian Allah SWT dan mengambil langkah untuk berpisah semata-mata kerana si isteri gagal mengandung.


Lihatlah dunia..

Walaupun anak itu lahirnya dari rahim perempuan, tak semestinya dia wajib melahirkan. Anak ni semua kurniaan Tuhan buat kita. Nikah tak semestinya terus mengandung. Kalau dah tak ada janganlah sampai berpisah ikatan..kesian isteri tertekan untuk melahirkan.
Mungkin ego si suami rasa tercabar, seolah² dia tu lelaki tak berguna. Kawan² pun main peranan juga, janganlah laju sangat mulut tu nak bertanya. Eh ko nape tkde anak lagi? Tak power la. Tak hebat la. Bukankah yang Maha Berkuasa itu Allah? Kalau DIA tk mahu mmberi itu kerna DIA tak mahu beri, itu kehendak dan kuasaNya. Kita siapa nak cabar manusia sana sini
Org sekeliling mmg akan terus bertanya. Umpama anak itu sumber bahagia paling utama. Mmg anak penyeri rumahtangga namun berapa juta pasangan yang masih jua bercerai sungguh anak sudah berderet jumlahnya. Masih nak kata anak itu punca bahagia? Allahurabbi. Yang beri bahagia itu Allah swt. Bukan manusia, bukan sape². Hanya Allah blh beri bahagia. Jika benar anak itu jaminan cinta kekal sampai ke Syurga, kenapa masih ada yang setia ke hujung nyawa walau tiada zuriat bersama?

Anak adalah ujian buat pasangan jua


Tak apa, kami belajar redha walau rakan yang lain semua dah menimang cahaya mata. Bukankah sifat sabar itu mengajar erti seorang hamba? Soalan manusia adalah soalan biasa. Tuhan sebenarnya beri lebih banyak nikmat yang tak terduga dan tak terbalas oleh kita. Kadang kata² bukan sekadar menyedapkan hati sahaja. Tapi mmg kebenarannya tiada nikmat yang mesti didustakan. Kurniaan Allah swt bkn hanya anak sahaja. Banyak lagi rezeki yang kami dapatkan yang barangkali mrk yg punya anak lansung tak berpeluang merasakan. Allah Maha Adil.
Bertabahlah hati yang menanti kehadiran zuriat sendiri. Ini mmg kehendak manusia namun bg Allah sgt besar hikmah yang tersedia buat hmbaNya yang benar bertaqwa. Jangan kerana anak, kita mensia²kan pasangan hidup kita. Kelak nnt Allah tarik nikmat yang lain pula bagaimana. Bersyukurlah apa adanya. Dan berusahalah setakat yang terdaya. Dan memintalah terus kepadaNya kerna tiada permintaan yang akan kembali dengan sia². Wallahualam
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azabku sangat pedih”(TQS. Ibrohim:7)

Tiada ulasan:
Write ulasan