Sabtu, 7 Mei 2016

“Dulu Pernah Diejek Emma Ikan Kembung”

Kemunculan nama Emma Maembong ketika di awal pembabitannya dalam indsutri seni pastinya bukan mudah malah menurut Emma, bukan sahaja dirinya sendiri pernah diejek dari kecil malah sehinggalah ketika menamakan kelab peminatnya – Emavengers.

“Biasalah, sejak awal lagi ketika nama itu dipilih, ada yang mula mengejeknya. Malah, ada yang membandingkan nama itu dengan watak kartun Power Rangers. Nama Emma Maembong sendiri pernah pun pernah diejek menjadi Emma Ikan Kembung. Mulut orang, biasalah”

“Emma sendiri anggap Avengers itu seperti simbolik askar yang sentiasa berada di belakang Emma, tidak kira masa susah atau senang. Konon-kononnya macam filem The Avengers,” katanya kepada BH Online. Malah katanya, ada artis lain yang turut menggunakan perkataan sama untuk kelab peminat mereka.

Apa pun ingatlah bahawa bukan saja Emma turut menjadi bahan ejeken ketika kecil. Manalah tahu, kerana jadi ejekan ketika kecil, bila besar jadi artis. Selamat berhujung minggu sambil membaca artikel tentang Emma Maembong ini

Tiada ulasan:
Write ulasan