Selasa, 10 Mei 2016

Diugut Simbah Asid, Maria Farida Upah Pengawal Peribadi


Mengakui kehidupannya tidak tenteram walaupun setelah 7 bulan menjadi isteri kepada Datuk Rahman Shakur, Maria Farida melalui Utusan Online menjelaskan bahawa bekas isteri suaminya sering menggangu mereka dan turut diugut untuk disimbah asid.

“Suami pun kena juga. Kalau diikutkan, kami berdua telah membuat kira-kira 50 laporan polis secara berasingan berdasarkan ugutan yang diterima. Beratus-ratus mesej yang diterima daripadanya yang mengancam keselamatan kami. Tidak satu pun kami balas kerana tidak mahu memanjangkannya”

“Baru-baru ini, disebabkan Karen ingkar perintah mahkamah atas hak penjagaan anak-anak, suami saya telah pergi sendiri ke kediamannya untuk menjemput Qalif. Gara-gara sikap degilnya dan enggan membenarkan kanak-kanak itu pulang, dia melanggar Rahman sehingga terseret di atas jalan raya lalu menyebabkan suami saya mengalami kecederaan”

“Itu sahaja menunjukkan betapa teruk tindakannya terhadap kami dan tidak pernah sekali mahu mengaku kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Tambahnya apabila mereka membuat laporan atas ugutan atau fitnah, polis memberi alasan ia adalah masalah rumah tangga dan sukar untuk mereka masuk campur.

“Suami amat kecewa dengan sikap berkenaan. Takkan nak tunggu kami mati baru ada siasatan terperinci dijalankan? Kami sedar ia memang masalah rumah tangga, tetapi sudah melampaui batas, tak kan polis tidak boleh ambil apa-apa tindakan?”

“Saya dan suami terpaksa menanggung kos lebih kerana perlu mengupah pengawal peribadi. Dulu saya pernah diugut disimbah asid, serta bermacam-macam lagi. Diakui, memang saya takut sebab itulah kena ada orang yang mengawal keselamatan selain suami,” kata Maria yang kini menunggu kes mereka diuruskan peguam selain berharap keadaan akan menjadi tenteram semula.

Tiada ulasan:
Write ulasan