Isnin, 9 Mei 2016

Dikritik Netizen Semakin Selekeh Lepas Kahwin : Ini Jawapan Adira AF

Sejak kebelakangan ini, Adira AF menjadi bahan hinaan dan kritikan oleh sesetengah netizen di Instagram. Ada sahaja kesalahan yang mereka nampak tentang Adira.

Paling teruk ada yang kritik gaya Adira semakin selekeh dan ibarat tidak terurus sejak beliau mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Dato Red.
Jelas Adira, sejak beliau berkahwin beliau jarang keluar daripada rumah dan memakai apa sahaja mengikut keselesaannya. Malah, Adira tidak rasa bahawa gaya beliau itu selekeh.

Sebenarnya sejak bergelar isteri, saya jarang keluar rumah. Saya akan pakai apa sahaja asalkan selesa, namun saya juga melihat pada kesesuaian tempat.
Pada saya pemakaian saya tidak selekeh cuma kadang-kadang suka menggayakan tudung sesuka hati. Saya tidak pandai pakai jarum peniti, sebaliknya lebih suka membelit sahaja tudung di leher.

Pada masa yang sama, Adira sempat meluahkan rasa syukur kerana beliau masih lagi menerima banyak tawaran meskipun dihimpit kontroversi berkaitan pernikahan beliau sebelum ini.
Biarlah Adira hendak bergaya macam mana sekalipun asalkan beliau masih ingat untuk menutup auratnya  dan berhijab secara penuh. Kadang-kadang rupa itu tidak penting, dan sebelum kritik orang lain, lihat dahulu diri kita.

Tiada ulasan:
Write ulasan