Isnin, 16 Mei 2016

Di Kritik Berlebihan Menangani Isu Tudung, Ini Jawapan Fizo Omar

Ramai yang perasan, Fizo Omar setiap kali akan berada di hadapan dan menjelaskan semua perkara apabila perniagaan isterinya dihimpit dengan pelbagai gosip. Contohnya dengan isu pelanggan yang berebut untuk mendapatkan koleksi tudung Fareeda baru-baru ini, Mawar hanya berdiam diri dan Fizo yang menjawab segala persoalan wartawan didalam sidang media khas berhubung isu berkenaan.

Mula lah ada yang mempersoalkan tindakan Fizo, mengapa beliau yang berlebihan sedangkan perniagaan tudung Fareeda adalah milik isterinya.
Namun, jelas Fizo sebagai seorang suami ia sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankan isterinya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan soal perniagaan.
Saya tahu ada yang melontarkan kritikan mengapa saya berlebihan dalam menangani isu Fareeda. Mereka persoal mengapa tidak isteri atau ibu mertua saya ke hadapan dalam menjawab segala kontroversi.

Sebagai suami pastinya sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankan isteri saya. Selain soal perniagaan, ini juga lebih kepada soal maruah dan harga diri. Tak mungkin saya mahu membiarkan isteri saya menghadapinya sendirian.
Buat Fizo, apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Meskipun dihimpit dengan cacian,kritikan dan kontroversi,  Fizo selaku Pengurus Pemasaran Fareeda mengakui jenama tudung itu mula dikenali ramai.
Dalam setiap kontroversi yang berlaku, saya ambil perkara berkenaan dari sudut positif walaupun orang melihatnya dalam sisi negatif. Benar orang teruk “membelasah” bila timbul sebarang isu.

Tapi hikmahnya pula membuatkan orang yang tak mengenali jenama Fareeda mahu mengetahuinya pula. Jika mengikut pemerhatian saya, sebanyak 40 peratus pengikut baharu Fareeda muncul. Mereka bukan sahaja sekadar membeli tapi turut menjadi ejen dan sebagainya.
Ini lah namanya suami yang cukup mithali, dikala isteri dalam kesusahan beliau muncul sebagai hero untuk mempertahankan isterinya daripada kritikan ramai. Heh?

Tiada ulasan:
Write ulasan