'Bukan Niat Kami Ganggu Periuk Nasi Orang (TAB)' - Syahirah

KUALA LUMPUR - Individu yang mendakwa perkhidmatan Trip Adik Beradik (TAB) yang kurang memuaskan, tampil memohon maaf dan menyatakan kes itu telah diselesaikan dengan cara baik di antara kedua-dua pihak.



Syahirah Mohammad yang memuat naik status berkenaan pada 2 jam yang lalu, difahamkan telah dihubungi oleh pemilik TAB, Mohd Shaifulizam Kornia, yang memohon maaf di atas pengalaman buruk itu.

"Shaiful telah pun menghubungi saya secara personal untuk menyatakan rasa kesal dan meminta maaf di atas apa yang berlaku semasa trip kami.

"Bukan niat kami untuk menganggu periuk nasi orang lain. Jauh sekali untuk menganiaya bisnes orang. Kami cuma mahu berkongsi pengalaman kami sepanjang trip itu. Oleh itu, kami juga mahu memohon maaf pada beliau dan krew-krew TAB," katanya.

Dalam kenyataan itu, Syahirah menyatakan bahawa Shaiful telah berjanji untuk mengubah SOP mereka.

"InshaAllah kepada yang bakal menggunakan perkhidmatan TAB akan datang akan dijaga dengan lebih baik dari sebelum ini.

"Kepada TAB, bangun semula, improve dan bergerak ke hadapan. Saya benar-benar mahu melihat TAB menjadi lebih baik dari sekarang. Jadi Shaiful, please live up to your promises!" katanya.

1 Mei yang lalu, Shaiful juga kecewa yang netizen terlalu cepat menilai dan percaya apa yang viral berbanding menunggu penjelasan dari pihaknya.

"Tanpa usul periksa dan menunggu penjelasan, terus menghambur prasangka/perkataan yang tidak elok serta membuat kesimpulan berdasarkan apa yang mereka nampak, menambah cerita hingga cukup rasa menjadi satu fitnah lalu menimbulkan kebencian.

"Ada cara untuk menegur dan kami sentiasa menerimanya secara terbuka. Jangan digunakan tiket teguran untuk menghalalkan segalanya," katanya.

0 comment... add one now