Isnin, 9 Mei 2016

Baru 5 Hari Berkahwin, Isteri Minta Cerai

Di Riyadh, Arab Saudi, seorang wanita menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak menunaikan suruhan Islam.

Menurut laporan media Arab Saudi, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam).

Ia sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.

Ramai nitizen menyokong tindakan wanita tersebut kerana solat merupakan perkara wajib dan tiang dalam rumahtangga.

“Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah,” kata salah seorang nitizen.

Sementara itu ada juga yang menentang tindakan wanita itu dan menyatakan bahawa wanita itu bertindak terburu-buru.

“Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan  solat.”

Tiada ulasan:
Write ulasan