Isnin, 2 Mei 2016

Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok

Bermula dengan pujian di Instagram, perlahan-lahan manusia yang tidak berhati perut dan merasakan diri cukup sempurna terus meninggalkan komen menghina fizikal Scha al-Yahya. Jelas sekali perkara tersebut kurang disenangi empunya badan dan juga suaminya, Awal Ashaari.

Niat Scha berkongsikan video ketika sesi solekan sebelum sebuah acara dimulakan di Instagram itu bagaimanapun bertukar menjadi medan untuk pengikutnya di laman Instagram berbalah apabila ada komen yang melabelkan hidung Scha besar dan juga dirinya kelihatan seperti bapok.

Scha dalam masa yang sama turut membalas komen tersebut dengan bersahaja dan tenang malah perkara tersebut turut membuatkan Awal Ashaari menyuarakan dan mempertahankan Scha. Tindakan Awal itu kemudiannya mendapat sokongan peminat pasangan selebriti ini.Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok

Dalam banyak-banyak benda cantik, keburukan orang juga yang mereka nampak. Hendak dihalang, masing-masing dikatakan mempunyai kebebasan untuk bersuara. Apa pun, pastinya Scha mahupun Awal sudah lali dengan perkara sebegini namun kesabaran manusia juga ada batasnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan