Ahad, 3 April 2016

Wardina Hentam Mawar Fareeda Layan Pelanggan Macam Lembu

WALAUPUN sudah berhijrah menetap di Australia, namun selebriti Wardina Saffiyah Fadhullah Wilmot tetap ambil tahu isu semasa yang berlaku di tanah airnya, Malaysia.

Ianya berkaitan video menunjukkan orang ramai sanggup beratur sambil bertolak-tolakan demi mengejar koleksi terbaru tudung jenama terkenal yang kini menjadi viral.

Dalam video tersebut, pemilik jenama terkenal itu kelihatan riang tersenyum dengan aksi dan gelagat peminat tudungnya yang gigih berusaha untuk mendapatkan koleksi terbaru keluaran syarikatnya.
Selepas menonton video tersebut Wardina memuat naik satu status yang menggambarkan perasaannya. Tulisnya;
wardina
Menurut Wardina apa yang lebih dikesalkannya ialah apabila pemilik butik hanya tersenyum girang melihat gelagat pelanggan tanpa mengusulkan sebarang cadangan bagi mengatasi masalah berasak-asak di hadapan premisnya.
wardina1
Ada betulnya kata Wardina ni, peniaga perlulah mengetahui adab-adab dalam melayan pelanggan.
Untuk memudahkan dan melancarkan jualan khas yang dianjur, mungkin pihak butik boleh aplikasikan cadangan yang diutarakan Wardina untuk mengelak kejadian sebegini berlaku lagi di masa hadapan. 


SERANGAN GANAS SWEETLUV FAREEDA
Posted by FAREEDA..Nyata Jelita on Saturday, April 2, 2016


SERANGAN GANAS SWEETLUV FAREEDA
Posted by FAREEDA..Nyata Jelita on Saturday, April 2, 2016
"Astaghfirullahalzim, rasanya elok dah Fizo ubah cara perniagaan. Halal haram dah tak kira tu, siapa tanggung? Penjual dan pembeli. Share video di Facebook? Extra dosa dapat," kata Irwan

"Perlu ke nak beli tudung sampai berebut macam tu? Seriously aku bab tudung ini, beli di pasar malam pun dah cantik-cantik. Ye, aku tahu korang punya duit kan nak beli mahal-mahal. Itu hak korang tetapi aku rasa kalau dah macam ini, lebih baik tak payah pakai tudung. Maaflah ye," kata Chinta Zara

Ada benarnya yang apa dikritik oleh netizen. Perkara ini bukan baru bagi Fareeda, hampir setiap kali ada saja promosi/produk baru dikeluarkan, pasti akan menerima sambutan yang menggalakkan. 

Justeru, sewajarnya pihak Fareeda memikirkan batasan di antara lelaki dan perempuan jika benar-benar berniaga atas niat mahu menyebarkan syiar Islam. Bukan hanya setakat mementingkan keuntungan sahaja, tetapi perlu menjaga batasan di antara pelanggan lelaki dan perempuan. -

13 ulasan:
Write ulasan
  1. permpuan ngan lelaki berhimpit2 semata2 nak berebut kan beli tudung ni....situ jer dah byk haram dah....sepatutnya management Fareeda kena ubah cara buat sale dia org ni tak organize langsung.....mgkn bg Mawar dia bangga kot tgk org ramai berlaga2, berhimpit2 mcm lembu2 kuar kandang...ishh malu lah weii...berniaga2lah jgk tp biarlah berhemah jgn pikir untung jer tanpa memikirkan kebajikan pelanggan....erm pikirkanlah Cik Mawar yer....

    BalasPadam
  2. Fareeda dan fizo rasa bangga pula tu, dengan cara mereka yg salah melayan castemer mereka sendiri macam lembu.. bodoh siap nak menunjuk2 lagi keadaan macam tu

    BalasPadam
  3. Sakit ht tgk owner mcm bangga sgt ngn situasi huru hara mcm tu..

    BalasPadam
  4. Ramai lelaki bangla dari perempuan. Betoii kaa?!!

    BalasPadam
  5. Malu yang teramat..this is not supposed to happen. This has to be done in the right way. Pihak yg berkenaan, please take an action laa..

    BalasPadam
  6. Bagi saya owner dgn customer dua2 salah. Yg si customer bila dpt tau ada sale terus lupa dunia, lupa hukum hakam batas semua sampai sanggup dok join berhimpit kat situ. Tp ofcourse the main problem is the owner itself la, buat sale tp management hampehh. Atleast buat la 1 line utk minah tudung, 1 line utk mamat tudung. Takdak la depa bercampur himpit2 mcm tu, malu la wehh

    BalasPadam
  7. U r laughing while u treat people like cows? Where ur sense of humanity... may Allah still have mercy on you

    BalasPadam
  8. kesian pempuan cantik tp otak letak kat lutut.....

    BalasPadam
  9. Betul2 kesian..malu sb owner melayu,bangsa sendiri!

    BalasPadam
  10. Ntah apa²...memalukan jaa..
    Nk ikut sunnah nabi(berniaga) ikut lha betoii²...ermm (o)

    BalasPadam