Ahad, 10 April 2016

[VIDEO] Suami Sanggup Panjat Kereta & Enggan Turun Merayu Kemaafan Isteri Selepas Di Menceraikannya…Betul Ke?

Lewat malam semalam kami menerima satu mesej menerusi ruangan inbox mengenai satu video yang cukup ‘pelik’ dan dikongsi lebih 2 ribu share selepas hanya sejam dimuat naik.
Menurut kapsyen di video terbabit, lelaki yang juga suami kepada pemandu kereta berkenaan dikatakan merayu untuk diterima semula. Tapi betul ke suami? Musykil je.

Tolong la


Video berdurasi lebih 3 minit itu dipercayai dimuat naik lewat malam semalam viral malah mendapat perhatian netizen.
Lelaki tersebut dilihat sanggup memanjat kereta yang masih bergerak dan enggan turun walaupun pemandu berulang kali menyuruh berbuat demikian.
Menerusi video terbabit jelas kedengaran si lelaki merayu pemandu agar keluar sambil mengetuk kereta.
Ayang tolong lah keluar, turun lah dulu jangan buat macam ni…turun lah dulu. Ayang tolong, tolong lah! Turun sekejap je.
Selang beberapa minit, penduduk sekitar mula campur tangan dan minta lelaki terbabit turun. Sehingga sekarang masih tiada lagi kisah lanjutan kes ini. Harap ianya sudah diselesaikan dengan baik.
Video : John Nene*


Katanya ni kes Gila Talak.. Sanggup dia panjat kereta bekas isteri untuk merayu kemaafan.. Kesian jugak Abang John tengok.. Tapi nak buat macam mana kann..., dah terlajak cakap memang merana laa.. Sebab tu la benda halal yg paling tak disukai Allah SWT adalah 'talak'.. Haihhhh
Posted by John Nenen on Saturday, April 9, 2016

Tiada ulasan:
Write ulasan