Isnin, 25 April 2016

Video: Doktor Perempuan Mabuk, Gaduh Dengan Pemandu Uber

SEORANG doktor di Florida, Miami telah dibuang kerja setelah video pergaduhannya bersama seorang pemandu Uber dalam keadaan mabuk tersebar dan menjadi viral menerusi media sosial.

Anjali Ramkissoon, seorang doktor perubatan hilang kawalan dan dia mula menyerang seorang pemandu teksi Uber. Apabila Anjali cuba ditenangkan, dia bertindak merampas kereta pemandu tersebut.

Dia juga  membuang kesemua barangan peribadi pemandu berkenaan yang disimpan didalam kereta sebelum melarikan diri bersama kereta tersebut.

Perbuatannya dirakam oleh individu yang menghubungi pemandu tersebut untuk mendapatkan khidmat Uber.

Video berdurasi hampir lima minit itu dimuatnaik ke Youtube dan telah ditonton hampir setengah juta penonton setakat ini. -

Tiada ulasan:
Write ulasan