Sabtu, 9 April 2016

Ustaz, Saya Nak Mati Syahid, Saya Nak Mati Ketika Berdakwah - Mr Os

Semalam kira-kira 2.45 petang, kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak legend tanah air, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama Mr Os akibat dari penyakit paru-paru. Berita sedih ini memang datang tanpa diduga. Haihh.. Sedihnya.
Sebelum pergi ke rahmatullah, Mr Os ada menyatakan hasrat kepada penceramah bebas dan juga rakannya, Ustaz Hanafiah Abdul Malek untuk mati syahid ketika berdakwah.
Banyak lagi perkara yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah beberapa minggu sebelum Mr Os meninggal dunia. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Seorang yang gemar bersedekah..

Menurut Hanafiah, Mr Os merupakan insan yang baik hati dan gemar bersedekah. Bagi sesiapa yang belum tahu, Mr Os pernah bekerja sebagai pemandu teksi untuk menampung perbelanjaan harian.
Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.
Dia beritahu kalau kalau 20 orang naik teksinya dalam sehari, seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah.
Jadi dalam sehari dia sedekah RM100.

Mahu mati syahid..

Hanafiah juga berkata bahawa Mr Os menyatakan mahu mati syahid ketika satu forum dakwah di Gerik, Perak. Genap dua minggu selepas menyatakan hasrat tersebut, Mr Os meninggal dunia di Hospital Selayang dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata Taman Seri Gombak sebelum Maghrib tadi.
Ustaz, saya nak mati syahid, saya nak mati ketika berdakwah. Saya mahu bantu Zakat Perak sedaya upaya supaya lebih ramai bayar zakat.
Ada hadis yang mungkin sesuai menceritakan mengenai Allahyarham iaitu ‘Sesiapa yang meringankan beban saudaranya, maka Allah SWT akan meringankan bebanannya di akhirat nanti.’ Wallahualam.

Tetap mahu berdakwah walaupun sakit..

Pada Disember tahun lalu, Mr Os telah dilantik sebagai Duta Zakat Negeri Perak dan itu merupakan kali pertama Hanafiah dan arwah berkongsi pentas dan itulah juga kali pertama arwah sampaikan dakwah.
Tambah Hanafiah, Mr Os juga sudah menjalani sebanyak 22 kali rawatan kimoterapi sepanjang arwah sakit.
Pada 25 Mac, saya berjumpa dan berkongsi pentas buat kali kedua dengan Allahyarham di Masjid Grik, Perak. Saya lihat Allahyarham terlalu kurus dan kelihatan tidak sihat.
Saya tanya kali pertama dia tidak jawab, kedua pun tidak. Kali ketiga, ketika ahli panel lain membuat ulasan, barulah Allahyarham beritahu dia menghidap kanser tiroid yang merebak ke paru-paru.
Ketika itu dia pegang bahu saya dan bisik kepada saya, ‘Ustaz, saya kalau boleh sakit macam mana pun saya nak juga datang berdakwah. Harapan saya nak mati syahid ketika berdakwah.’
Saya jadi sebak, nak menangis dan peluk dia. Hilang ‘mood’ untuk menjadi moderator dan saya tertunduk.
Saya beritahu dia sepatutnya berehat kerana khidmat dia untuk berdakwah masih diperlukan. Apatah lagi selepas tiga hari menjalani kimoterapi namun dia tidak mahu dan nak teruskan berdakwah.

Tak kisah bayaran untuk berdakwah..

Hanafiah juga mendedahkan bahawa Allahyarham sanggup tidak kisah mengenai bayaran berdakwah walaupun ianya lebih kecil dari mengacara dan melawak.
Allahyarham juga sanggup terima undangan berceramah walaupun bayaran tidak sebanyak seperti undangan melawak dan mengacara. Dia tidak kisah mengenai bayaran.
Mr Os juga pada yang sama tidak mahu meninggalkan dunia seni dan akan meneruskan rancangan seperti Oh! My English kerana ada mesej yang tersendiri.
Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan:
Write ulasan