Jumaat, 8 April 2016

Ustaz Rotan Murid Sampai Lembam, Bengkak Dahi

  Berita Premium       Jumaat, 8 April 2016

JERAM - Seorang kanak-kanak lelaki mendakwa dia telah dirotan oleh seorang ustaz di Sekolah Rendah Agama Bukit Kerayong sehingga meninggalkan kesan lebam yang ketara, semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.20 petang itu, mangsa, Muhammad Arif Hakimi Indera Shahrin, 10, lebam di bahagian dahi, tepi mata kanan dan beberapa bahagian badan yang lain.
"Balik dari Sekolah Rendah Agama Bukit Kerayong, Jeram, saya dapati bahagian dahi anak saya terdapat kesan luka dan bengkak.

"Apabila saya bertanya kepada anak saya, dia memaklumkan bahawa guru di sekolahnya, Ustaz Nazib telah memukulnya menggunakan sebatang rotan kerana menyangka anak saya mengatanya 'bodoh' padanya itu. Sedangkan anak saya mengeluarkan perkataan itu kepada rakan sekolahnya ketika berbaris," katanya.

Berikutan itu, ibu mangsa membuat pemeriksaan sepenuhnya pada badan anaknya dan mendapati terdapat lebih banyak kesan lebam di belakang badan, tangan dan kepala anaknya. 

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis terhadap guru terbabit. - 
logoblog

Thanks for reading Ustaz Rotan Murid Sampai Lembam, Bengkak Dahi

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan